Skip to main content

OPKIM III

habis pasal Haikal.
bercakap mengenai pentadbiran asrama anak yatim.
dipimpin oleh beberapa orang ustaz yang dipanggil abah oleh mereka.
pengetuanya seorang yang kurang upaya.
bergantung kepada sebuah kenderaan ibarat motor yang telah diubah suai untuk memudahkan beliau bergerak.
walau apa pun satu penghargaan patut diberi kepada ustaz tersebut atas kejayaan beliau memimpin asrama tersebut.
menurut sejarah asrama tersebut dibina pada tahun 1985 sehingga sekarang.

ada mulut menyampaikan berlakunya k***p*i dalam pentadbiran sehingga menyebabkan nasib anak-anak itu kurang terbela.
sejauh mana kebenarannya tak lah diketahui.
hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yg tahu.

buka puasa yang istimewa bagi mereka mungkin.
berlaukkan kari ikan,ayam goreng,udang goreng,sayur pecal.
tapi entah kenapa majoriti mereka tak makan ikan.
tak tahulah memilih ikan atau tak biasa.
hai,adik-adik ini banyak juga kerenahnya.
para fasi yang seronok menjamu selera nampaknya.
laparlah katakan!

azan dialun sekali lagi menandakan harus ke surau bersolat.
arghh,ambil wudhu' kat tempat gelap lagi.
tadi siang boleh la tahan.
sekarang malam.gelap.
ada katak.

tiba-tiba terlintas dikepala.
kalau keadaan sunyi sepi macam ini bagaimana anak-anak dara dikampung yang berpelesaran di malam hari terdedah kepada ancaman untuk diganggu.
gangguan makhlus halus & kasar.
terlalu sunyi.sepi.

walaupun diri sendiri dibesarkan di kampung.
tak pernah merasa hidup dibandar sehingga tamat sekolah.
tetapi rasanya berbeza sungguh dengan mereka.
tak pula dulu merasa memegang telefon bimbit.
ya,mereka ada handphone.
kalau tak salah v3i.

agak menyedihkan anak-anak itu masih tak berdisiplin untuk bersolat.
tak ada yang menyuruh mereka bersolat.
jadinya,mereka main-main.
kejar-kejaran di dalam surau.
nasib baik tak lama mungkin ada yang telah menegur.


masa dah time.tidur harus diutamakan.
later~~

m310254
0051

Comments

berus jamban said…
"masa dah time"

hahahaha
lama giler tak dengar ayat tu weyh......

since 2003....giler r hahahaha

kelakar2....
izzati said…
mak aih..

xkn dh 5 thn ko x dgr kot..

hahaha..

Popular posts from this blog

novel novel novel

hello hello as i promised before i'm gonna post list of novels that i want to let go.in case if anyone interested to keep the novels just text me or leave me a comment or send me a Facebook message.please take note that i only have a copy of each novel and it depends on availability.take a look at the list. thank you.love you. updated 2140 am 191210 Damya Hanna Ilham Hati Rela Ku Menanti Senafas Rindu Liana Afiera Malik Dah Kata Daaah! Mimie Afinie Masih Ada Rindu Aleya Aneesa Semusim Rindu Kasih Antara Kita Ayu Emelda Lagu Rindu Kasih Dania Hasreeyati Ramli Demi Kasih Ini Dia Dihati Laman Rindu Liza Zahira Cinta Rahsia Bahtera Kasih Sri Diah Mahligai Cinta Janji Kasih Eka Fahara Kabus Kasih Nilai Cintamu Sharifah Abu Salem Biar Rindu Berlalu

MyAspire

okay sekarang komputer kesayangan ini cedera skrin dia dah pecah tunggu masa je nak patah adakah ini petanda sudah tiba masa untuk menukar komputer harap-harap lah dia mampu bertahan untuk beberapa bulan lagi kalau tak semua kerja susah nanti takkan hendak menumpang komputer orang pula mungkin jika blog ini tidak diupdate tandanya komputer sudah padam lah ye jika yahoo messenger juga sudah lama tak online maknanya komputer ini sudah gagal berfungsi keinginan baru sekarang hendak memiliki Nikon D40 atau Canon SLR cemburu sungguh melihat rakan-rakan lain mengambil gambar dengan cantik dan unik bila lah akan tercapai cita-cita minggu ini mungkin kali terakhir berhari raya selepas ini harus kuatkan semangat untuk belajar kertas pertama CTU553 khamis depan doakan kejayaan kami ya! aku rindukan rumah,emak,abah,adik,alang dan semua aku tak mampu hendak pulang ikutkan hati nak balik tapi nanti penat wish i could drive a car right now and go back to my house cepatlah habis peperiksaan nak pe

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi