Skip to main content

"doctor of the mind"

aku perlukan seorang doktor
yang boleh menenangkan kepala otak ini
yang faham apa itu perasaan
yang mengerti apa itu simpati

aku perlukan seorang doktor
yang bisa mengubati
yang boleh diyakini
bukan yang pandai memanipulasi

aku perlukan seorang doktor
yang bijak bermain kata
yang pandai mengatur bahasa
yang boleh mendamaikan jiwa

aku perlukan seorang doktor
bukan untuk dilihat
atau
untuk ditatap
tapi
untuk dirawat



kamukah doktor itu?
tunjukkan lah diri kamu
sebelum luka dihati ini bertambah parah
sebelum parut ini menjadi kekal
sebelum sel-sel ini mati




mencari ketenangan jiwa.hilang.
later~~



m310254
2015


Comments

Anonymous said…
mungkin saya boleh membantu
izzati said…
anonymous,

terima kaseh atas pelawaan itu tapi siapakah gerangan ini?
berus jamban said…
harap2 bukan jaja....hahaha
izzati said…
berus jamban,

kalau jaja aku tolak dulu awal2..haha
:D

Popular posts from this blog

novel novel novel

hello hello as i promised before i'm gonna post list of novels that i want to let go.in case if anyone interested to keep the novels just text me or leave me a comment or send me a Facebook message.please take note that i only have a copy of each novel and it depends on availability.take a look at the list. thank you.love you. updated 2140 am 191210 Damya Hanna Ilham Hati Rela Ku Menanti Senafas Rindu Liana Afiera Malik Dah Kata Daaah! Mimie Afinie Masih Ada Rindu Aleya Aneesa Semusim Rindu Kasih Antara Kita Ayu Emelda Lagu Rindu Kasih Dania Hasreeyati Ramli Demi Kasih Ini Dia Dihati Laman Rindu Liza Zahira Cinta Rahsia Bahtera Kasih Sri Diah Mahligai Cinta Janji Kasih Eka Fahara Kabus Kasih Nilai Cintamu Sharifah Abu Salem Biar Rindu Berlalu

MyAspire

okay sekarang komputer kesayangan ini cedera skrin dia dah pecah tunggu masa je nak patah adakah ini petanda sudah tiba masa untuk menukar komputer harap-harap lah dia mampu bertahan untuk beberapa bulan lagi kalau tak semua kerja susah nanti takkan hendak menumpang komputer orang pula mungkin jika blog ini tidak diupdate tandanya komputer sudah padam lah ye jika yahoo messenger juga sudah lama tak online maknanya komputer ini sudah gagal berfungsi keinginan baru sekarang hendak memiliki Nikon D40 atau Canon SLR cemburu sungguh melihat rakan-rakan lain mengambil gambar dengan cantik dan unik bila lah akan tercapai cita-cita minggu ini mungkin kali terakhir berhari raya selepas ini harus kuatkan semangat untuk belajar kertas pertama CTU553 khamis depan doakan kejayaan kami ya! aku rindukan rumah,emak,abah,adik,alang dan semua aku tak mampu hendak pulang ikutkan hati nak balik tapi nanti penat wish i could drive a car right now and go back to my house cepatlah habis peperiksaan nak pe

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi