Skip to main content

Pandemic Logistic Learning Exercise (P2LX) Part II

28 november 2008
bangun pagi bertemankan air sejuk di tandas yang sehingga ke tulang boleh terasa sejuknya.sudah lupa sarapan apa pagi ini tapi sudah pasti ada roti dengan sapuan yang tidak pasti apakah perisanya.hari kedua tapi lakonan masih tetap sama.cuma bezanya kali ini kami lebih bersedia.

kami rancang lakonan agar lebih berkesan.setelah menunggu dengan sabar mereka yang berpakaian astronaut itu tiba ke kawasan IDP tetapi mereka tidak mahu masuk bertemu kami.semua jalan cerita yang dirancang terus bertukar dan kami bertindak agresif kali ini.hari ini lebih baik dari semalam.

petangnya kami ada taklimat logistik dari en.mahmood.sungguh menarik dan cerita sampingannya sangat menyentuh hati.tak pernah terlintas yang aku akan belajar cara-cara menggunakan walkie talkie.terima kasih en.mahmood kerana memberi pengetahuan yang sungguh berguna itu.hari ini tidak perlu pasang khemah.

malam main lagi permainan paddle pop untuk tentukan kedudukan kem untuk hari ahad.dengan bantuan cik fero kumpulan kami berjaya merebut kem B yang berhampiran.malam ini lepak di kafetaria.makan roti canai 70 sen.sekali lagi malam yang sejuk.

29 november 2008
hari ini kami akan menerima lebih ramai rakan dari CUCMS dan UM.tapi mereka sampai waktu petang dan hanya akan menyertai kami untuk aktiviti esok hari.hari ini kami bertukar ke khemah rawatan.jika sebelum ini kami berada di khemah pelarian,hari ini kami tukar babak lakonan kami.

aku jadi sungguh bertuah menjadi pesakit yang perlu batuk yang sungguh teruk sehingga ingin terkeluar anak tekak.mulanya aku batuk biasa sahaja tetapi tanpa disedari betul-betul menjadi sehingga mengalir air mata.hari ini ada kamera video yang merakamkan lakonan kami.tak tahulah apa rupa kami ketika dirakam itu.

lakonan kami mendapat pujian.seronok sungguh rasanya.setelah 3 hari kami akhirnya berjaya menjadi pelakon tidak bertauliah.hari ini harus pasang khemah untuk esok.lagi 3 khemah dan kami lagi sekali lebih efisyen dalam proses mengangkut agar semua pihak tidak mengalami kesakitan lagi.

malangnya berlaku kesilapan ketika mengambil bahagian khemah.maka kami akhirnya pasang khemah dalam hujan.memang basah tapi semua orang buat kerja dengan pantas.dan lebih menyeronokkan kami akan membuat amali disaster program.terima kasih prof.ikram lagi sekali.nanti sahaja aku ceritakan lebih lanjut.sungguh menarik.

30 november 2008
hari terkahir kami disini.setelah 5 hari bertahan di kem khidmat negara ini akhirnya kami akan pulang.gembira dan sedih semua ada.hari ini kami buat aktiviti biasa sahaja.tidak ada yang istimewa kerana sudah terlalu ramai peserta.kami buat proses de-briefing.kami tangkap gambar.

dan tepat jam 1100 kami ke tapak kem masing-masing.Ya Allah panas sungguh hari ini!sepanjang 5 hari kami di sini memang tak pernah ketemu lagi dengan cuaca sepanas ini.akhirnya jam 1445 lakonan kami tamat.kami berjaya mengemas dengan pantas dan kembali ke dorm untuk melihat kulit yang telah terbakar.ketara sungguh perbezaannya.

setelah mengemas akhirnya kami bertolak pulang jam 1715.tanpa memikirkan makan malam yang agak menyelerakan kami terus ingin pulang agar boleh sampai lebih awal dan ada masa lebih untuk kemas barang ke Indonesia.sudah pasti ke Indonesia dengan kulit yang telah bertukar warna.

pulang ke shah alam.pergi makan di pak li kopitiam lagi dengan mereka semua.balik ke kristal dan berehat sambil berbual dengan teman lain.keluar dengan hajat ingin mencari pengurup wang tapi gagal.balik semula dan kemas barang ke Indonesia.akhirnya,aku tidur dalam bas sahaja hari ini.



owh panjangnya.kalau tak nak baca abaikan.
later~~



fajarharapan
0033

Comments

Popular posts from this blog

novel novel novel

hello hello as i promised before i'm gonna post list of novels that i want to let go.in case if anyone interested to keep the novels just text me or leave me a comment or send me a Facebook message.please take note that i only have a copy of each novel and it depends on availability.take a look at the list. thank you.love you. updated 2140 am 191210 Damya Hanna Ilham Hati Rela Ku Menanti Senafas Rindu Liana Afiera Malik Dah Kata Daaah! Mimie Afinie Masih Ada Rindu Aleya Aneesa Semusim Rindu Kasih Antara Kita Ayu Emelda Lagu Rindu Kasih Dania Hasreeyati Ramli Demi Kasih Ini Dia Dihati Laman Rindu Liza Zahira Cinta Rahsia Bahtera Kasih Sri Diah Mahligai Cinta Janji Kasih Eka Fahara Kabus Kasih Nilai Cintamu Sharifah Abu Salem Biar Rindu Berlalu

MyAspire

okay sekarang komputer kesayangan ini cedera skrin dia dah pecah tunggu masa je nak patah adakah ini petanda sudah tiba masa untuk menukar komputer harap-harap lah dia mampu bertahan untuk beberapa bulan lagi kalau tak semua kerja susah nanti takkan hendak menumpang komputer orang pula mungkin jika blog ini tidak diupdate tandanya komputer sudah padam lah ye jika yahoo messenger juga sudah lama tak online maknanya komputer ini sudah gagal berfungsi keinginan baru sekarang hendak memiliki Nikon D40 atau Canon SLR cemburu sungguh melihat rakan-rakan lain mengambil gambar dengan cantik dan unik bila lah akan tercapai cita-cita minggu ini mungkin kali terakhir berhari raya selepas ini harus kuatkan semangat untuk belajar kertas pertama CTU553 khamis depan doakan kejayaan kami ya! aku rindukan rumah,emak,abah,adik,alang dan semua aku tak mampu hendak pulang ikutkan hati nak balik tapi nanti penat wish i could drive a car right now and go back to my house cepatlah habis peperiksaan nak pe

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi