Skip to main content

atuk


semalam genap 8 tahun atuk pergi.31 januari 2001.

aku rindukan masa-masa lalu dengan atuk.betapa kami sangat sedih kehilangan beliau.tapi aku kasihankan along kerana emak
dan abah tak sanggup beritahu along kehilangan atuk.mereka takut along sedih dan akan pulang ke rumah.maklum sahaja along baru sebulan belajar di SMSAH.nasib baik aku hanya di melaka.

kedatangan abah ke kelas ketika Ustaz Adnan mengajar memeranjatkan aku.memang jarang emak atau abah muncul di kelas mencari aku.kebetulan ustaz adnan seorang warden maka tidak perlu aku bersusah payah mencari tandatangan untuk keluar.abah kata atuk meninggal.tapi aku tak terbayang bahawa atuk yang bernama Mustafa bin Taha yang meninggal.ses
ungguhnya aku baru berjumpa atuk hujung minggu yang lalu.maknanya baru 3 hari aku tidak bertemu dan atuk telah pergi tinggalkan kami semua.

ketika turun tangga sampai ke dalam kereta aku menangis.aku sedih.aku sayangkan atuk.atuk faham cucu-cucunya.atuk belikan baju raya untuk kami setiap tahun.atuk jemput kami dari sekolah,bawa kami naik motor,belikan aiskrim,bawa kami ke rumah orang kenduri dan beri kami duit raya setiap tahun.atuk tak pernah marahkan kami.walau mungkin ketika itu aku kecil lagi tapi aku sungguh sedih kehilangan atuk.

ketika sampai di rumah ramai orang sudah menanti jenazah tiba dari HUKM.atuk dijadualkan ke HUKM untuk medical check-up rasanya.aku tak tahu dengan terperinci apa yang berlaku.aku masih tak faham apa-apa.dan aku tak bertanya.aku tak mahu ganggu abah atau yang
lain sesungguhnya pasti mereka sedang bersedih.menjelang tengahari jenazah sampai dan seingat aku selepas asar terus dikebumikan.

aku rindukan atuk sampai termimpi-mimpi.atuk datang berpakaian putih tapi aku tidak ingat apa yang dikatakan oleh beliau.sehingga atuk pergi baru aku terjaga dari tidur dan terus pergi mengerjakan solat asar.i wish i can remember what he told me.tapi aku mahu jadi seperti atuk.aku akan belajar bersungguh-sungguh.dan tak mahu kecewakan semua orang.
aku mahu jadi baik dan disukai semua.kalau boleh aku mahu berkawan dengan semua.aku akan pinjam kekuatan atuk untuk terus belajar.

semoga roh atuk dicucuri rahmat.dan ditempatkan bersama para solihin.
insyAllah.kamu,doakan untuk atuk saya ya!

..::Al-Fatihah::..




Comments

HABIHA69 said…
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang soleh..amin

Popular posts from this blog

novel novel novel

hello hello as i promised before i'm gonna post list of novels that i want to let go.in case if anyone interested to keep the novels just text me or leave me a comment or send me a Facebook message.please take note that i only have a copy of each novel and it depends on availability.take a look at the list. thank you.love you. updated 2140 am 191210 Damya Hanna Ilham Hati Rela Ku Menanti Senafas Rindu Liana Afiera Malik Dah Kata Daaah! Mimie Afinie Masih Ada Rindu Aleya Aneesa Semusim Rindu Kasih Antara Kita Ayu Emelda Lagu Rindu Kasih Dania Hasreeyati Ramli Demi Kasih Ini Dia Dihati Laman Rindu Liza Zahira Cinta Rahsia Bahtera Kasih Sri Diah Mahligai Cinta Janji Kasih Eka Fahara Kabus Kasih Nilai Cintamu Sharifah Abu Salem Biar Rindu Berlalu

MyAspire

okay sekarang komputer kesayangan ini cedera skrin dia dah pecah tunggu masa je nak patah adakah ini petanda sudah tiba masa untuk menukar komputer harap-harap lah dia mampu bertahan untuk beberapa bulan lagi kalau tak semua kerja susah nanti takkan hendak menumpang komputer orang pula mungkin jika blog ini tidak diupdate tandanya komputer sudah padam lah ye jika yahoo messenger juga sudah lama tak online maknanya komputer ini sudah gagal berfungsi keinginan baru sekarang hendak memiliki Nikon D40 atau Canon SLR cemburu sungguh melihat rakan-rakan lain mengambil gambar dengan cantik dan unik bila lah akan tercapai cita-cita minggu ini mungkin kali terakhir berhari raya selepas ini harus kuatkan semangat untuk belajar kertas pertama CTU553 khamis depan doakan kejayaan kami ya! aku rindukan rumah,emak,abah,adik,alang dan semua aku tak mampu hendak pulang ikutkan hati nak balik tapi nanti penat wish i could drive a car right now and go back to my house cepatlah habis peperiksaan nak pe

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi