Skip to main content

minggu ini


kesibukan yang melanda minggu ini sungguh memenatkan.walaupun tidak dipenuhi dengan mesyuarat-mesyuarat yang entah apa tujuannya di waktu malam,kepenatan tetap terasa.menjelang pukul 11 mata pasti sudah kuyu.lari sahaja atas katil pasti terlelap.kemudian terjaga pukul 3 atau 4 dan terus kekal sampai sahur.tiada siapa antara kami dapat jelaskan mengapa begitu mengantuk.mungkin terlalu kenyang.tapi agak mustahil kerana kami jarang makan dengan terlalu banyak.atau ini dugaan bulan ramadhan.atau sebenarnya memudahkan kami berjaga malam.banyak kemungkinannya.

minggu ini adalah minggu merdeka.malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-52.perancangan asal tidak mahu pulang dan akan menyambut merdeka di sini.tetapi apabila hampir semua teman serumah pulang,perasaan ingin pulang melonjak-lonjak.sebenarnya tidak mahu tinggal berseorangan di bilik.bahaya boleh mengundang tekanan perasaan dan kemurungan.tetapi siapa mahu tumpangkan sampai ke destinasi berhampiran?

banyak perkara berlaku minggu ini dan amat mustahil untuk diperincikan di sini.hajat selalu tidak kesampaian untuk menulis.ujian,presentation yang menuntut masa untuk difahami dan disiapkan.terasa kesibukan sebagai pelajar tahun tiga jurusan farmasi mula mengetuk pintu jadual hidup.ketidak fahaman dalam subjek finance juga memaksa diri bertambah bingung.

dan sekarang tugas secara tidak langsung sebagai sekretariat mahasiswa fakulti juga perlu masa untuk dilaksanakan.dan kadang-kala mereka yang lain tidak tahu betapa padatnya jadual kelas kita semua.fahamilah yang kita semua belajar perkara yang berbeza dan bukan semudah itu untuk sesuka hati mengadakan mesyuarat tanpa tujuan.banyak tugasan lain yang perlu kami lengkapkan.hargai masa semua di bulan yang mulia ini.

mungkin baru bangun dari tidur dan menerima sms yang amat tidak difahami.dia berkata mengeni kelebihan solat tarawikh yang dimuatkna dalam flyers tidak sahih hadisnya.masalah pertama ialah tiada hadis di laman web tersebut.masalah kedua ialah kelebihan solat tarawikh tersebut sama dengan yang ternyata di laman web jabatan agama islam perak.masalah ketiga ialah email yang dihantar semalam kosong tiada sebarang attachment.masalah keempat samada sms ini dihantar lambat atau kita berada di zon waktu berbeza sehingga lambat sampai.terpulanglah pada dia.banyak lagi benda harus saya utamakan.

terlelap memikirkan mahu pulang bagaimana esok.sungguh tidak tahu hendak pulang bagaimana.terlebih buntu dibuatnya.maka esok saya pasrah.jika ada yang mahu pulang saya tumpang jika tidak saya tinggal sahaja di sini.mungkin ada hikmahnya.sekarang saya berkira-kira hendak tidur kembali.kesejukan di puncak memang nikmat untuk tidur.selamat malam dan selamat berpuasa.

Comments

Popular posts from this blog

novel novel novel

hello hello as i promised before i'm gonna post list of novels that i want to let go.in case if anyone interested to keep the novels just text me or leave me a comment or send me a Facebook message.please take note that i only have a copy of each novel and it depends on availability.take a look at the list. thank you.love you. updated 2140 am 191210 Damya Hanna Ilham Hati Rela Ku Menanti Senafas Rindu Liana Afiera Malik Dah Kata Daaah! Mimie Afinie Masih Ada Rindu Aleya Aneesa Semusim Rindu Kasih Antara Kita Ayu Emelda Lagu Rindu Kasih Dania Hasreeyati Ramli Demi Kasih Ini Dia Dihati Laman Rindu Liza Zahira Cinta Rahsia Bahtera Kasih Sri Diah Mahligai Cinta Janji Kasih Eka Fahara Kabus Kasih Nilai Cintamu Sharifah Abu Salem Biar Rindu Berlalu

MyAspire

okay sekarang komputer kesayangan ini cedera skrin dia dah pecah tunggu masa je nak patah adakah ini petanda sudah tiba masa untuk menukar komputer harap-harap lah dia mampu bertahan untuk beberapa bulan lagi kalau tak semua kerja susah nanti takkan hendak menumpang komputer orang pula mungkin jika blog ini tidak diupdate tandanya komputer sudah padam lah ye jika yahoo messenger juga sudah lama tak online maknanya komputer ini sudah gagal berfungsi keinginan baru sekarang hendak memiliki Nikon D40 atau Canon SLR cemburu sungguh melihat rakan-rakan lain mengambil gambar dengan cantik dan unik bila lah akan tercapai cita-cita minggu ini mungkin kali terakhir berhari raya selepas ini harus kuatkan semangat untuk belajar kertas pertama CTU553 khamis depan doakan kejayaan kami ya! aku rindukan rumah,emak,abah,adik,alang dan semua aku tak mampu hendak pulang ikutkan hati nak balik tapi nanti penat wish i could drive a car right now and go back to my house cepatlah habis peperiksaan nak pe

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi