Skip to main content

hari raya


hari ini sudah hari raya kedua dan sudah 5 hari berada di rumah.
hari raya seperti tahun-tahun sudah juga.jadual yang sama.aktiviti yang sama.orang yang sama.tiada yang berbeza.yang pergi tetap pergi.yang baru jejak kaki ke dunia tetap masih baru.
dan malam ini seperti biasa teratak sederhana ini akan sedia menanti kedatangan saudara-mara yang berkereta-kereta.mereka sangat ramai.sehinggakan saya sendiri tidak mengenali mereka.mereka datang.makan berbual ketawa dan pulang itu sahaja.jumpa setahun sekali.mungkin di kenduri kendara juga.tapi sekurang-kurangnya saya tahu saya punyai saudara-mara lagi.indahnya aidilfitri.

lebih gembira jika saya katakan tahun ini Allah beri saya berpuasa penuh sebulan.tidak perlu fikir untuk menggantikan puasa.kali terakhir saya penuh berpuasa mungkin semasa tingkatan 3 atau 4.insyAllah jika panjang umur akan disempurnakan puasa sunat syawal pula.tahun ini kerap kali ketemu dengan bayi.mereka comel,manja dan tidak tahu apa-apa.sepupu saya ramai yang sudah berbayi secara tidak langsung saya menjadi mak ngah mereka.bilalah abang saya hendak kahwin dan ada bayi ini?

sakit pinggang dan perut yang melanda malam ini sangat menganggu.rasa seperti mahu tidur sahaja sekarang tapi kasihan pada emak yang harus kemas rumah dan layan tetamu.nasib baik adik-adik sudah besar dan mereka boleh dibuli untuk membuat kerja.saya harap emak tidak terlalu penat.saya mahu tonton congkak sekarang.

selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Comments

Popular posts from this blog

novel novel novel

hello hello as i promised before i'm gonna post list of novels that i want to let go.in case if anyone interested to keep the novels just text me or leave me a comment or send me a Facebook message.please take note that i only have a copy of each novel and it depends on availability.take a look at the list. thank you.love you. updated 2140 am 191210 Damya Hanna Ilham Hati Rela Ku Menanti Senafas Rindu Liana Afiera Malik Dah Kata Daaah! Mimie Afinie Masih Ada Rindu Aleya Aneesa Semusim Rindu Kasih Antara Kita Ayu Emelda Lagu Rindu Kasih Dania Hasreeyati Ramli Demi Kasih Ini Dia Dihati Laman Rindu Liza Zahira Cinta Rahsia Bahtera Kasih Sri Diah Mahligai Cinta Janji Kasih Eka Fahara Kabus Kasih Nilai Cintamu Sharifah Abu Salem Biar Rindu Berlalu

MyAspire

okay sekarang komputer kesayangan ini cedera skrin dia dah pecah tunggu masa je nak patah adakah ini petanda sudah tiba masa untuk menukar komputer harap-harap lah dia mampu bertahan untuk beberapa bulan lagi kalau tak semua kerja susah nanti takkan hendak menumpang komputer orang pula mungkin jika blog ini tidak diupdate tandanya komputer sudah padam lah ye jika yahoo messenger juga sudah lama tak online maknanya komputer ini sudah gagal berfungsi keinginan baru sekarang hendak memiliki Nikon D40 atau Canon SLR cemburu sungguh melihat rakan-rakan lain mengambil gambar dengan cantik dan unik bila lah akan tercapai cita-cita minggu ini mungkin kali terakhir berhari raya selepas ini harus kuatkan semangat untuk belajar kertas pertama CTU553 khamis depan doakan kejayaan kami ya! aku rindukan rumah,emak,abah,adik,alang dan semua aku tak mampu hendak pulang ikutkan hati nak balik tapi nanti penat wish i could drive a car right now and go back to my house cepatlah habis peperiksaan nak pe

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi