owh dan aku mula kembali menjadi aku yang lama.kerana kamu aku menjadi aku semula.dan aku tak mahu jadi hipokrit.dan aku tak akan berbohong dengan kamu apa yang aku rasa.aku harap kamu ialah kamu yang aku kenal dulu supaya aku tak terus ragu.nanti sahaja aku tanyakan pada kamu hakikat sebenarnya kita.
owh dan aku harap komen-komen aku dicoretan eqeen tempoh hari tidak menyakiti sesiapa.aku berkata berdasarkan pandangan aku sahaja dan masing-masing punyai buah fikiran sendiri.aku tak mahu jadi matang untuk bercakap mengenai cinta dan perasaan tapi pengalaman dan pemerhatian menjadi bantuan dan rujukan untuk terus berkata dan mencari ilham.biarkan aku suka menjadi kanak-kanak walau apa pun yang orang kata.haha.
aku tak sabar mahu habis peperiksaan.aku mahu jumpa kawan-kawan yang lambat kagi mahu pulang.aku mahu pergi bercuti dengan teman.aku mahu habiskan dengan kamu.aku mahu pulang ke rumah.mahu gaduh dan main sama adik-adik.haha.adik-adik yang sudah besar.maaf alang tadi angah tak sempat mahu berbual panjang.nanti balik kita bual lama lagi ya.
aku suka entri panjang supaya orang malas mahu baca.haha.suka hati aku lah mahu tulis macamana.kalau rajin baca kalau tidak tak perlu baca.haha.aku mahu berehat.selamat malam semua.
i love you!



