Skip to main content

Perak: The Silver State



بسم الله الرحمن الرحيم

jujurnya malas mahu menaip panjang-panjang.nak upload gambar dekat blog pun malas sebab dah ada dekat facebook.tapi ikutkan malas memang tak payahlah nak ada blog kan.banyak benda nak tulis banyak lagi dalam kepala nak kena keluarkan tapi semua tak berilmiah.adalah juga yang berilmiah tapi tak sampai 50% pun.insyAllah lepas ini saya tulis pasal "upah susu".

minggu lepas-lepas kami ke Perak.ada orang siap tanya ada apa dekat Perak? inilah namanya Cuti-Cuti Malaysia.yang tak ada apa itulah kita kenal pasti.siapa cakap Perak itu tak seronok?

Taiping
menarik tentang taiping dengan bukit larut nya.taman tasik nya.penjara nya.dan kuala sepetang nya.zoo mungkin tidak berapa menarik untuk kami yang tidak fanatik dengan binatang.bukan membenci tapi RM12 untuk mengelilingi zoo yang seperti tidak terjaga tidak begitu praktikal.dan nak dijadikan cerita kami tidak buat tempahan hotel terlebih dahulu.jadi selepas ini sesiapa ke taiping inginkan nasihat mengenai hotel boleh hubungi kami.habis semua hotel di taiping kami dah jelajah.biar gambar meneruskan bicara.



kota ngah ibrahim.tinggalan sejarah di Matang.


mee udang Mak Jah kuala sepetang.harusnya kami order udang goreng tepung sahaja.mungkin lebih berbaloi.


taman tasik taiping.tiada apa yang istimewa kecuali ramainya orang beriadah di waktu petang.


bukit larut.maxwell hill.tempat peranginan pertama di malaysia katanya.siapa mabuk darat baik jangan naik.


Kuala Kangsar
lebih kurang 30 minit perjalanan dari taiping ke kuala kangsar.sempat juga saya terlelap bila farhanah memandu.di kuala kangsar sejujurnya tiada apa yang sangat-sangat menarik kecuali gahnya MCKK di tengah pekan kuala kangsar.pokok getah tertua.galeri sultan azlan shah.masjid ubudiah.muzium diraja yang tutup juga labu sayongnya.pusing-pusing pekan kuala kangsar tak jauh beza dengan tampin.mari-mari lihat kesimpulan kuala kangsar dari gambar-gambar.


indah masjid ubudiah.subhanAllah.


galeri sultan azlan shah.seronok.sila pergi.bayaran masuk RM 2


muzium diraja yang tutup


tinggalan rumah lama bersebelahan masjid.kredit untuk tukang ambil gambar,farhanah


pokok getah tertua.gambar tidak jelas sebab dalam hujan.


Ipoh
dari Jumaat hingga Isnin kami bersapau di ipoh.terima kasih tidak terhingga kepada Soraya dan keluarga kerana melayan kerenah kami.hari sabtu tiga lagi sahabat menyertai kami di ipoh.mari tengok gambar.


roti gegar.kepada mereka yang gemarkan telur tiga suku boleh cuba buat sendiri.


menara tak tahu apa nama.di tengah-tengah bandar ipoh.


istana kellie.berhantu menurut ceritanya.


golden flowstone tour bukan flinstone.gua tempurung yang subhanAllah.


menara condong teluk intan.memang condong.tak tipu.


gerbang malam yang lebih kurang macam uptown.panjang gila sampai hujung berpinar mata tengok benda sama sepanjang jalan.


pinggan bunga kangkung.flea market ipoh.sila ke sini untuk cari barang antik.memang ternganga bila tengok sebab tak sangka ada orang jual lagi.


lost world of tambun.memang lost sebab jika tak pakai tights or proper swimming pants jangan harap "pengawal hidup" itu nak bagi masuk kolam yang tak seberapa besar tu.nasib baik ada petting zoo dan amusement park yang memang kagum betul lah.


stesen keretapi ipoh


dessert di strawberry moment.kemasan makanan memang terbaik tapi kesedapan hanyalah sekadar biasa sahaja.


gua kek lok tong.tapi itu gambar bukit dia bukan gua.


sam poh tong temple.antara temple terawal dibina dan ada beberapa peminta sedekah disini.


Batang Kali
ini perjalanan istimewa ke rumah sahabat cantik saya Ili Nadirah.memandangkan sudah sekali jalan jadi kami ubah suai perjalanan agar dapat ke rumah ili waktu dia cuti.


dan perkenalkan sahabat saya bersama teman seperjalanan saya.

dan akhirnya alhamdulillah jam enam lebih sikit kami sampai rumah.tamatlah perjalanan kami ke perak.dan akan saya tulis peristiwa semalam dan sedikit kongsi tentang upah susu bila saya rajin nanti.jaga diri baik-baik.


Comments

Popular posts from this blog

novel novel novel

hello hello as i promised before i'm gonna post list of novels that i want to let go.in case if anyone interested to keep the novels just text me or leave me a comment or send me a Facebook message.please take note that i only have a copy of each novel and it depends on availability.take a look at the list. thank you.love you. updated 2140 am 191210 Damya Hanna Ilham Hati Rela Ku Menanti Senafas Rindu Liana Afiera Malik Dah Kata Daaah! Mimie Afinie Masih Ada Rindu Aleya Aneesa Semusim Rindu Kasih Antara Kita Ayu Emelda Lagu Rindu Kasih Dania Hasreeyati Ramli Demi Kasih Ini Dia Dihati Laman Rindu Liza Zahira Cinta Rahsia Bahtera Kasih Sri Diah Mahligai Cinta Janji Kasih Eka Fahara Kabus Kasih Nilai Cintamu Sharifah Abu Salem Biar Rindu Berlalu

MyAspire

okay sekarang komputer kesayangan ini cedera skrin dia dah pecah tunggu masa je nak patah adakah ini petanda sudah tiba masa untuk menukar komputer harap-harap lah dia mampu bertahan untuk beberapa bulan lagi kalau tak semua kerja susah nanti takkan hendak menumpang komputer orang pula mungkin jika blog ini tidak diupdate tandanya komputer sudah padam lah ye jika yahoo messenger juga sudah lama tak online maknanya komputer ini sudah gagal berfungsi keinginan baru sekarang hendak memiliki Nikon D40 atau Canon SLR cemburu sungguh melihat rakan-rakan lain mengambil gambar dengan cantik dan unik bila lah akan tercapai cita-cita minggu ini mungkin kali terakhir berhari raya selepas ini harus kuatkan semangat untuk belajar kertas pertama CTU553 khamis depan doakan kejayaan kami ya! aku rindukan rumah,emak,abah,adik,alang dan semua aku tak mampu hendak pulang ikutkan hati nak balik tapi nanti penat wish i could drive a car right now and go back to my house cepatlah habis peperiksaan nak pe

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi