Friday, August 19, 2011

19 Ramadan 1432H



بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah hari ini dapat bersolat di Masjid Tanah Datar kembali malangnya bilangan jemaah semakin berkurangan.anggap sahaja ada diantara mereka yang mendapat cuti bulanan.

bagaimana Ramadan anda setakat ini? masih tega menanti Lailatul Qadr? masih mampu membuka mata menelan sesuap nasi sewaktu bersahur? masih berkehendak pusing satu bazar Ramadhan mencari juadah berbuka?

sabarlah sahabat.Ramadhan yang setahun sekali ini entah dapat ketemu entah tidak lagi tahun hadapan.hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.membuat kita ternanti-nanti lagi 11 bulan akan datang.mungkin ini Ramadan terakhir kita? tiada siapa tahu kan?

separuh kedua Ramadan semua sudah mula bersiap untuk raya dan tak ketinggalan kami juga.baju raya sudah siap dijahit.kasut raya sudah beli.beg raya pun sudah ada.abah emak sudah mula bising kuih raya tak buat lagi.insyAllah minggu depan bertambah sibuklah jawabnya.

hendak dijadikan cerita saya telah membuat pilihan pertama.
pilihan untuk mengorbankan sehari puasa saya untuk mengeluarkan dua batang gigi.
pilihan untuk kemungkinan mengorbankan hari raya saya.
tapi saya pegang pada prinsip walau apa pun pilihan saya ambil tetap ada baik buruknya.

terima dengan hati terbuka.

insyAllah sabtu ini akan habiskan masa dengan kawan-kawan tercinta di melaka.kemungkinan untuk tidak dapat bersama berbuka puasa di kuala lumpur sangat tinggi atas beberapa sebab; janji untuk menghantar uwan ke hospital hari rabu pagi dan kemungkinan mulut masih sakit untuk berjalan jauh.
berharap agar tidak ada sebarang komplikasi hari ahad nanti.punya rancang nak moreh sahur bagai baru teringat bukannya saya puasa pun hari ahad :D

sudah sampai masa untuk pergi.ya pergi tidur.
esok ada majlis penyampaian sumbangan aidilfitri.
semoga dapat gambar yang cantik.



Wednesday, August 10, 2011

kisah doktor gigi



بسم الله الرحمن الرحيم

ini kisah doktor gigi saya.
selepas tujuh bulan tak jumpa doktor gigi memang takutlah kan nak melangkah masuk klinik tu.anda dinasihatkan berjumpa doktor gigi enam bulan sekali ya jangan lupa.

klinik gigi kegemaran saya nama dia Jasbir Orthodontic dekat depan City Bayview Hotel Melaka tu.sebelah Putra Specialist Hospital.bukan memang suka tapi terpaksa suka sebab sejak 20/12/2004 dah ulang alik ke sana sampailah ke hari ini.pendek cerita memang dah macam klinik sendirilah lebih kurang.sebenarnya selalu takut jumpa dentist sebab mesti kena tegur "you didn't brush your teeth properly" "your gums are bad" "there are plaques under your gums" "you didn't floss your teeth" and bla bla bla bla

itu sebab utama lah.tapi dengan bantuan beberapa produk bukan kecantikan tapi untuk penjagaan mulut alhamdulillah my gums getting better and doctor cakap dah improve a lot.mari saya kenalkan sahabat karib saya;

ini berus gigi Oral B Pro Expert Complete dengan Cross Action


ini ubat gigi Sensodyne Gum Care
ini Biotene Mouthwash

combination of these three products alhamdulillah menghasilkan gusi yang lebih sihat dan kurang plak-plak degil.kisahnya hari ini pergi jumpa doktor dengan niat nak pasang fixed retainer untuk lower teeth sebab rasa-rasa macam dah berterabur balik gigi ni

ini bukan mulut saya tapi yang doktor tu pasang sebiji macam ini.
siapa nak pakai braces lima tahun lepas tu gigi berterabur balik kan? nak dijadikan cerita doktor cakap 90% dia rasa yang my lower wisdom teeth yang punya kerja crowded kan gigi depan.hasil x-ray telah membuktikan memang sah ada dua wisdom teeth kiri kanan dalam gusi dan tak akan keluar sampai bila-bila.ditambah dengan upper wisdom tooth yang menggigit bahagian dalam pipi.seronok kan?

i need your opinion (walaupun berapa orang sahaja pembaca blog ni) since i have few options regarding my wisdom teeth yang perlukan surgery tu.

that surgery can only be done by an oral surgeon because its a difficult case.and i can't remove both teeth in one surgery.remove one this week.check the sutures after a week.then a week after that remove another tooth.i need 4 weekends to do that.so the options are;

A. undergo that surgery this month before posting 
B. undergo that surgery later at government hospital when i start working

both options have their own advantages and disadvantages.
undergo that surgeries before posting maksudnya kena sacrifice my raya and a few days of puasa.
undergo that surgeries later in government hospital maksudnya i've to make another visit and start all over again with a new dentist at a new hospital.which i might not be comfortable with.

i need your help.your opinion.please please.
thank you and selamat bersahur.


 
template by suckmylolly.com