Skip to main content

Quick Update



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Lamanya tak menulis. Salah sendiri. Jangan nak salahkan orang lain. Jangan nak salahkan masa. Jangan nak salahkan jadual kerja. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih bukan?

Soalan pertama selalu orang tanya. Kerja okay?
Mari bercerita mengenai kerja.
Dua bulan di OPD sangat menarik. Suasana hingar-bingar. Sesak-sesak. Seronok bukan? Jujur saya rindukan semua itu. Sebab itu kami masih ke sana awal pagi dan lewat petang.
Dua minggu di Klinik Metadon.
Orang kata menakutkan. Patient ramai yang psycho but the thing is you learn lots of new experiences there. You can meet new people. You learn their expressions. You get to know them and their backgrounds. Plus a very cool and supportive boss there. Dan saya pasti akan rindu klinik itu.
Dan esok akan kembali ke IPD untuk seminggu lagi kemudian akan berpindah ke DIS. 


Tipu siapa cakap kerja tak penat.
Dah kerja hari-hari kadang-kadang nasib baik kerja 13 hari berturut tanpa cuti. Memang tak hairan kenapa ada HO yang letak jawatan tak sanggup nak habiskan 2 tahun tu. PRP yang setahun ni pun dah sikit lagi nak sampai tahap maksimum ketahanan jiwa raga ni. Fikirkan positif semuanya demi kebaikan bersama.


Disebabkan entry ini ditulis pada hari Ahad yang mana esok saya harus bangun pada pukul 5.30 pagi dipendekkan cerita sampai disini.


Awak jaga diri baik-baik. Allah sentiasa ada di sisi kita sentiasa.
Semoga satu hari nanti kita akan bertemu.


Atuk di kampung kurang sihat. Tolong doakan supaya atuk cepat sembuh ya. InsyAllah. 


Terima kasih.







Comments

Popular posts from this blog

novel novel novel

hello hello as i promised before i'm gonna post list of novels that i want to let go.in case if anyone interested to keep the novels just text me or leave me a comment or send me a Facebook message.please take note that i only have a copy of each novel and it depends on availability.take a look at the list. thank you.love you. updated 2140 am 191210 Damya Hanna Ilham Hati Rela Ku Menanti Senafas Rindu Liana Afiera Malik Dah Kata Daaah! Mimie Afinie Masih Ada Rindu Aleya Aneesa Semusim Rindu Kasih Antara Kita Ayu Emelda Lagu Rindu Kasih Dania Hasreeyati Ramli Demi Kasih Ini Dia Dihati Laman Rindu Liza Zahira Cinta Rahsia Bahtera Kasih Sri Diah Mahligai Cinta Janji Kasih Eka Fahara Kabus Kasih Nilai Cintamu Sharifah Abu Salem Biar Rindu Berlalu

MyAspire

okay sekarang komputer kesayangan ini cedera skrin dia dah pecah tunggu masa je nak patah adakah ini petanda sudah tiba masa untuk menukar komputer harap-harap lah dia mampu bertahan untuk beberapa bulan lagi kalau tak semua kerja susah nanti takkan hendak menumpang komputer orang pula mungkin jika blog ini tidak diupdate tandanya komputer sudah padam lah ye jika yahoo messenger juga sudah lama tak online maknanya komputer ini sudah gagal berfungsi keinginan baru sekarang hendak memiliki Nikon D40 atau Canon SLR cemburu sungguh melihat rakan-rakan lain mengambil gambar dengan cantik dan unik bila lah akan tercapai cita-cita minggu ini mungkin kali terakhir berhari raya selepas ini harus kuatkan semangat untuk belajar kertas pertama CTU553 khamis depan doakan kejayaan kami ya! aku rindukan rumah,emak,abah,adik,alang dan semua aku tak mampu hendak pulang ikutkan hati nak balik tapi nanti penat wish i could drive a car right now and go back to my house cepatlah habis peperiksaan nak pe

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi