Skip to main content

OPKIM

semalam ke rumah anak yatim sekendi di sabak bernam sempena OPKIM (operasi khidmat masyarakat).
dari pukul 9.45 kami mula mengemas barang-barang yang didermakan oleh sahabat2 di fakulti.
alhamdulillah semoga Allah mencurahkan lebih banyak rezeki kepada mereka kelak.

selepas Zohor kami ke sana dan perjalanan sungguh mencabar dan sangat jauh.
jalan seperti roller coaster membuai-buai bas ibarat mendodoi anak tidur.
akhirnya tepat pukul 4.30 sampai di rumah anak yatim sekendi.
kanak-kanak menyambut kami dengan ciuman tangan yang amat janggal rasanya.
mungkin satu rasa hormat atau kegembiraan yang bersarang dihati mereka menerima tetamu.

owh,keadaan di sana sangat menyedihkan!
maaflah jika sesiapa mempunyai kaitan dengan rumah anak yatim itu.
pada pengamatan diri sendiri rasanya nasib mereka TIDAK terbela pada hakikat sebenar.
tidak ramai dalam 70 orang itu pun dari 5 tahun ke form 6 kalau tak salah.
ada di antara mereka yang tinggal di asrama yang
KURANG bercirikan asrama.
ada di antara mereka yang tinggal bersama ibu tetapi akan datang ke asrama apabila ada tetamu.
bukan ingin mempertikaikan keupayaan pengurusan rumah anak yatim tetapi mengapa begitu
TERUK keadaannya.

ada surau, tak ada air untuk mengambil wudhu'.
ada surau, tak ada tabir. (not a big deal kot)
ada dewan, tapi sangat bersepah.
ada dewan, tapi seperti digunakan sebagai library juga.
ada asrama tetapi pelik keadaannya.
patut ambil gambar bilik mereka semalam.



panjang lagi ingin bercerita.masa tidak mengizinkan.
tuntutan SUMMARY HYPERSENSITIVITY perlu diutamakan.
later~~

m310254
1033

Comments

Popular posts from this blog

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi...

sabtu

hari ini semua orang bertungkus-lumus menjayakan kenduri tahlil tengahari tadi dan akhirnya semua orang kepenatan.setahun sekali sahaja.tak apalah. esok masih dipenuhi dengan jemputan kenduri dan majlis perkahwinan.minggu depan juga begitu.kecuali hari ahad yang sudah mula sibuk dengan mereka yang ingin pulang ke kota dan ke asrama. tiba-tiba lapar.tunggu nasi lemak pagi esok.jemputlah datang makan sarapan. nasi lemak istimewa..

jumaat yang penat

maka hari ini hari jumaat adalah hari untuk bertungkus-lumus membantu memasak beberapa juadah untuk kenduri esok.hari untuk belajar beberapa perkara penting dalam hidup juga.dan kepenatan yang tidak terhingga dari pagi sampai petang.rancangannya hendak ke bulan awal malam ini tapi tak tahulah tiba-tiba sudah tidak mengantuk.sahabat saya hendak ke singapore esok dan saya sungguh cemburu.memandangkan saya akan ke johor 20 jun nanti maka saya sedang merancang untuk ke sana juga.ada sesiapa punyai masa lapang dan mahu bawa saya ke sana?jomlah...sudah bertahun-tahun saya tak ke sana =) saya rasa ada sesuatu yang tersimpan disini dan perlukan seseorang untuk menelannya untuk saya.lagi sekali,ada sesiapa sudi menjadi tempat meluahkan kembali semua yang terperap disini?tolonglah..lama sungguh dia disini.. entry yang tak ada tujuan melainkan ingin mencari teman ke singapore. selamat malam dan ...................