Skip to main content

esok Jumaat

esok saya ada kuiz mandarin
tapi malam ini saya menonton Wild Child
nasib baik cerita itu seronok
kalau tidak membazir sahaja 1 jam setengah

hari ini buat eksperimen surfactant
malangnya kami kena buli dengan kanak-kanak lelaki di kelas
mereka buat eksperimen yang senang
dan kami kena buat yang susah dan leceh dan lama
sampai hati kamu semua.sudahlah tak tunggu kami pula tu.
lepas ini buat lab report sendiri ye.kami bagi data sahaja.

owh ya.
cik fionabee, saya telah addicted terhadap lagu Ada Masa itu!
sebenarnya suka-suka sahaja download tapi selepas dengar lama-lama
memang benar
lagu itu sungguh best!!
dari semalam ulang pun tak bosan juga
terima kasih kerana memperkenalkan lagu itu ya

kebanyakan kawan-kawan saya akan pulang ke rumah esok
dan saya
tinggal lagi di sini sehingga Isnin
menghabiskan cuti di shah alam.haha
perancangan yang baik dan cemerlang
selamat bercuti semua!




Comments

~fiOnAbEE~ said…
hehehe..no prob! bes kann...kan..kan???
ak pn dngar byk2 kali...kekeke :P
marilah jiwang bersama2! :)
izzati said…
fionabee,
haha.lps ni ade lagu2 jiwang jgn lupe bgtau ye..kite jiwang same2..
:D

Popular posts from this blog

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi...

4 years

i forgot to celebrate 4 years im in love with my braces haha.so today its already 4 years and 8 days. and thats my 34th appointment owh my dear teeth! i hope i can remove this braces before i graduate or else its going to be 6 years.wow. today full with activities until i get confused till the end of the day from morning stuck in traffic jam although i only want to go to tampin so walk to the bank and pharmacy and finally to the optometrist esok aku akan pulang ke shah alam aku tak mahu bergegas-gegas pulang hari jumaat nanti besides,i have to settle that stuffs tomorrow kalau dia tak dapat siapkan memang nak kena lah haha.kerja-kerja aku semua tak siap lagi. ini memang betul-betul cuti. tak apalah asalkan aku gembira.walaupun sekejap. dan sekarang aku bingung.

sabtu

hari ini semua orang bertungkus-lumus menjayakan kenduri tahlil tengahari tadi dan akhirnya semua orang kepenatan.setahun sekali sahaja.tak apalah. esok masih dipenuhi dengan jemputan kenduri dan majlis perkahwinan.minggu depan juga begitu.kecuali hari ahad yang sudah mula sibuk dengan mereka yang ingin pulang ke kota dan ke asrama. tiba-tiba lapar.tunggu nasi lemak pagi esok.jemputlah datang makan sarapan. nasi lemak istimewa..