Skip to main content

hujan


nampaknya sekarang hujan sudah mula membasahi bumi
paling seronok kerana sisa sisa jerebu sudah kurang mencelah
tetapi harapnya esok petang tidak hujan kerana kami mahu ke hutan
jika tidak perlu siap sedia dengan plastik bimbang harta kebasahan

petang tadi baru selesai anugerah dekan
masuk kali ini sudah 6 kali hadir ke majlis tetapi belum ada rezeki
insyAllah semester ini mahu berusaha lebih gigih walaupun kemalasan sering melanda

dan sebak tak dapat ditahan bila ibu arwah ashraf beri ucapan
rasa banyak sungguh dosa terhadap arwah
dan bersalah itu kerap datang kerana tidak sempat mohon maaf
semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah

tiba-tiba rasa rindu terhadap kelas prof.aisyah
caranya,kata-katanya dan pergerakannya
wanita bekerjaya dan punyai perwatakan istimewa

mungkin blog ini patut diringkaskan dengan sajak spontan seperti dulu
tugasan yang tertangguh sering buat terlupa mahu menulis disini
lihatlah kerajinan nanti

kalau kamu memandu hati-hati
jalan licin juga hati-hati ketika melangkah


Comments

Popular posts from this blog

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi...

sabtu

hari ini semua orang bertungkus-lumus menjayakan kenduri tahlil tengahari tadi dan akhirnya semua orang kepenatan.setahun sekali sahaja.tak apalah. esok masih dipenuhi dengan jemputan kenduri dan majlis perkahwinan.minggu depan juga begitu.kecuali hari ahad yang sudah mula sibuk dengan mereka yang ingin pulang ke kota dan ke asrama. tiba-tiba lapar.tunggu nasi lemak pagi esok.jemputlah datang makan sarapan. nasi lemak istimewa..

4 years

i forgot to celebrate 4 years im in love with my braces haha.so today its already 4 years and 8 days. and thats my 34th appointment owh my dear teeth! i hope i can remove this braces before i graduate or else its going to be 6 years.wow. today full with activities until i get confused till the end of the day from morning stuck in traffic jam although i only want to go to tampin so walk to the bank and pharmacy and finally to the optometrist esok aku akan pulang ke shah alam aku tak mahu bergegas-gegas pulang hari jumaat nanti besides,i have to settle that stuffs tomorrow kalau dia tak dapat siapkan memang nak kena lah haha.kerja-kerja aku semua tak siap lagi. ini memang betul-betul cuti. tak apalah asalkan aku gembira.walaupun sekejap. dan sekarang aku bingung.