Skip to main content

selamat hari raya aidiladha


hari ini hari cuti sebab hari raya.maka minggu ini ada 3 hari cuti.
rasa bahagia dapat berehat di rumah.
abah dan emak gelakkan sebab kami yang baru bekerja sangat penat bila balik rumah sedangkan mereka sudah bekerja berpuluh tahun pun tidak rasa begitu.
tapi memang hakikatnya sangat penat.semalam selepas doa dan tahlil untuk arwah atuk terus terlelap di atas kerusi sehingga adik kejut untuk balik rumah.sampai di rumah mata segar sehingga pukul satu.tapi masih malas mahu menaip case note untuk semalam.

tahun ini ada sedikit kelainan kerana abah dan emak mengadakan korban pada hari raya kedua dan di buat di tampin.selalunya selepas solat sunat hari raya kami akan tukar baju dan segera ke rumah atuk yang menyembelih lembu.sebab itu kurang sedikit rasa hari raya tahun ini.alang juga sedang berjuang untuk spm maka masa harus diberi sedikit untuk dia mengulangkaji.

sebenarnya rasa mahu menulis tapi tak tahu hendak tulis apa.macam ada banyak benda hendak ditulis tapi sebenarnya pokok pangkalnya malas itu ada.ada undangan rumah terbuka sebentar lagi.selamat makan daging kawan-kawan.jaga diri.

Comments

Popular posts from this blog

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi...

ruski

a little bit happy with my marketing presentation although i skip my lunch to complete the task and have to susahkan hanah to print the slides still we can present it very well for me lah and i love marketing! everybody had their lunch so its only me yang lapar bila waktu petang then teringat maggi ruski yang tak dimakan lagi so sweet bila makan ruski after maghrib tadi and i use air panas instead of masak atas api betul-betul rasa macam kat asrama.hehe tomorrow ada lab pharmaceutical analysis and meeting sophys juga and tomorrow mereka pergi konsert Jason Mraz.huhu a little bit menyesal sebab tak beli tiket juga tapi tak apa.percaya yang pasti ada hikmah disebaliknya. im looking forward to go back home i want to eat good food and i wish i can eat durian fresh from the tree.ada durian ke sekarang? mahu tidurlah sekarang.walaupun dah tidur tadi tapi masih mengantuk lagi esok kelas dr.wong.nanti takut dia main tanya-tanya lagi aduh takutnya.huhu i love you! ..goodnight everybody..

4 years

i forgot to celebrate 4 years im in love with my braces haha.so today its already 4 years and 8 days. and thats my 34th appointment owh my dear teeth! i hope i can remove this braces before i graduate or else its going to be 6 years.wow. today full with activities until i get confused till the end of the day from morning stuck in traffic jam although i only want to go to tampin so walk to the bank and pharmacy and finally to the optometrist esok aku akan pulang ke shah alam aku tak mahu bergegas-gegas pulang hari jumaat nanti besides,i have to settle that stuffs tomorrow kalau dia tak dapat siapkan memang nak kena lah haha.kerja-kerja aku semua tak siap lagi. ini memang betul-betul cuti. tak apalah asalkan aku gembira.walaupun sekejap. dan sekarang aku bingung.