bukan niat saya untuk menulis dan melukakan hati sesiapa dalam tulisan ini cuma sekadar mengisi masa sebelum tidur.dan mungkin menceriakan sedikit hati yang terluka malam ini.
manusia susah untuk ditafsir.salah tafsir bahaya padahnya.manusia bukan untuk dinilai.walau rupa,harta,pangkat dan jiwa.luar nampak senyum tapi dalam hati tiada siapa tahu.
kadang kita terlupa bahawa apa yang dikata atau ditulis mungkin mengguris hati dia.mungkin tersalah erti boleh timbul sengketa.atau mungkin boleh mengundang malapetaka.ini untuk kamu,andai ini yang kamu tunggu.
kamu,
saya telah berjanji dan dengan izin Allah saya cuba tunaikan.saya cuma mahu yang terbaik untuk kamu dan saya.tapi andai apa yang saya buat tidak memuaskan hati kamu jadi saya minta maaf.tak perlu saya khususkan apa kerana saya sudah beritahu kamu dahulu.bukan niat untuk membenci kamu kerana pernah saya katakan membenci kamu bererti saya membenci diri saya sendiri.tetapi,seandainya kamu membenci saya akan saya terima seadanya kerana saya tahu kamu juga manusia.saya telan semua kata-kata perit kamu lontarkan.sebab saya tahu jika saya lontarkan kembali keperitan itu kepada kamu maka kebarangkalian berlaku perang dunia ketiga amat besar yang mana akan menghancurkan hati saya nanti.dari saya terus berendam air mata maka saya buat keputusan untuk belajar mengawal keadaan.makilah saya.bencilah saya.marahlah saya.buatlah apa sahaja.saya terima seadanya.saya tak pernah meminta apa-apa dari kamu.malah jarang sekali kamu ucapkan.bukan hendak meminta tapi terkadang ada rasa ingin dihargai datang dalam diri.kalau kamu nantikan kata-kata benci dari saya dalam tulisan ini maka kamu silap.cariklah di twitter mahupun di blogger kamu tak akan jumpa kerana sesungguhnya saya menukar status messenger itu memang tanpa sebab.bukan kerana kamu atau kerana apa-apa.kerana kamu saya belajar memaafkan.kerana kamu saya belajar menerima sesuatu baru.kerana kamu saya kenal dunia itu.terima kasih kamu ajarkan.terima kasih kamu tunjukkan.kamu perlu ingat saya juga manusia malah seorang perempuan yang mudah terluka tapi selalu demi kamu saya ketepikan semua itu.tapi kadang ada juga batasnya.sekali lagi terima kasih dan saya harap kamu baca sampai habis tulisan ini.
yang ikhlas,
saya
Comments