بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah hari ini dapat bersolat di Masjid Tanah Datar kembali malangnya bilangan jemaah semakin berkurangan.anggap sahaja ada diantara mereka yang mendapat cuti bulanan.
bagaimana Ramadan anda setakat ini? masih tega menanti Lailatul Qadr? masih mampu membuka mata menelan sesuap nasi sewaktu bersahur? masih berkehendak pusing satu bazar Ramadhan mencari juadah berbuka?
sabarlah sahabat.Ramadhan yang setahun sekali ini entah dapat ketemu entah tidak lagi tahun hadapan.hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.membuat kita ternanti-nanti lagi 11 bulan akan datang.mungkin ini Ramadan terakhir kita? tiada siapa tahu kan?
separuh kedua Ramadan semua sudah mula bersiap untuk raya dan tak ketinggalan kami juga.baju raya sudah siap dijahit.kasut raya sudah beli.beg raya pun sudah ada.abah emak sudah mula bising kuih raya tak buat lagi.insyAllah minggu depan bertambah sibuklah jawabnya.
hendak dijadikan cerita saya telah membuat pilihan pertama.
pilihan untuk mengorbankan sehari puasa saya untuk mengeluarkan dua batang gigi.
pilihan untuk kemungkinan mengorbankan hari raya saya.
tapi saya pegang pada prinsip walau apa pun pilihan saya ambil tetap ada baik buruknya.
terima dengan hati terbuka.
insyAllah sabtu ini akan habiskan masa dengan kawan-kawan tercinta di melaka.kemungkinan untuk tidak dapat bersama berbuka puasa di kuala lumpur sangat tinggi atas beberapa sebab; janji untuk menghantar uwan ke hospital hari rabu pagi dan kemungkinan mulut masih sakit untuk berjalan jauh.
berharap agar tidak ada sebarang komplikasi hari ahad nanti.punya rancang nak moreh sahur bagai baru teringat bukannya saya puasa pun hari ahad :D
sudah sampai masa untuk pergi.ya pergi tidur.
esok ada majlis penyampaian sumbangan aidilfitri.
semoga dapat gambar yang cantik.
Comments