Skip to main content

Double convocation Double celebration




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
lima tahun berlalu perjuangan di universiti.di Tronoh mahupun di Shah Alam dan Puncak Alam.rintangan cabaran dugaan memang tak payah nak cakap.macam-macam ada.
tanggal 16 oktober dan 22 oktober menjadi sejarah.hari yang emak abah tunggu selama 22 tahun.menanti dengan penuh sabar.berusaha tak kenal lelah.bersabar melayan kerenah.
tak terbalas jasa mereka.sungguh.



bersama pengarang jantung hati kami


terima kasih Allah atas kurniaan keluarga yang memahami dan bahagia


rasa macam konvo juga padahal hanya menumpang :)


dan inilah hari konvo sebenar saya

dengan ini secara rasminya saya telah bergelar graduan Universiti Teknologi MARA.

terima kasih tak terhingga untuk jasa dan pengorbanan mak dan abah.adik-adik dan along yang sentiasa ada.uwan atuk di kampung.mak ngah,mak tih,mak mah yang sentiasa ada membantu.kaum keluarga yang lain.tidak kira apa keluarga tetap yang paling hampir dengan kita.

kawan-kawan sepersekolahan.umul,inn,jaja,alia,ned,yang,adilah terima kasih sentiasa ada disisi walaupun jauh tetap setia menjadi pendengar masalah-masalah bodoh tak masuk akal.tak pernah rasa berjauhan dengan semua walau berapa benua memisahkan kita semua.insyAllah satu hari nanti kita dapat berkumpul kembali.

kawan-kawan serumah.bed,zah,amy,nad,hanah,qis,maya,kak pijat,kak yana terima kasih atas segalanya.tak kira bantuan ketika belajar ketika dirumah sewa.hanya Allah mampu membalas jasa kalian.

kawan-kawan seUiTM memang ramai lah nak tulis nama 90 orang dekat sini walau apa pun terima kasih juga atas sokongan dan bantuan kalian.kita hidup saling membantu.maaf sekiranya ada terkasar bahasa terumpat terluka jiwa.saya juga manusia biasa tak lari dari membuat kesilapan.panjang umur bertemu lagi.untuk jemputan perkahwinan yang tak dapat dipenuhi saya doakan semoga berbahagia ke akhir hayat.insyAllah.

para pensyarah dan guru.terima kasih atas ilmu kalian.tanpa ilmu siapalah saya hari ini.tanpa panduan tak mampu berdiri seperti hari ini.semoga Allah memelihara kesejahteraan kalian dan memberi kesihatan yang berpanjangan.insyAllah.

dan untuk mereka yang telah mengajar saya erti hidup.erti persahabatan.erti kasih sayang.terima kasih.tak kira kawan dimana pun saya berkenalan semuanya memainkan peranan membentuk siapa saya hari ini.

terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi...

4 years

i forgot to celebrate 4 years im in love with my braces haha.so today its already 4 years and 8 days. and thats my 34th appointment owh my dear teeth! i hope i can remove this braces before i graduate or else its going to be 6 years.wow. today full with activities until i get confused till the end of the day from morning stuck in traffic jam although i only want to go to tampin so walk to the bank and pharmacy and finally to the optometrist esok aku akan pulang ke shah alam aku tak mahu bergegas-gegas pulang hari jumaat nanti besides,i have to settle that stuffs tomorrow kalau dia tak dapat siapkan memang nak kena lah haha.kerja-kerja aku semua tak siap lagi. ini memang betul-betul cuti. tak apalah asalkan aku gembira.walaupun sekejap. dan sekarang aku bingung.

sabtu

hari ini semua orang bertungkus-lumus menjayakan kenduri tahlil tengahari tadi dan akhirnya semua orang kepenatan.setahun sekali sahaja.tak apalah. esok masih dipenuhi dengan jemputan kenduri dan majlis perkahwinan.minggu depan juga begitu.kecuali hari ahad yang sudah mula sibuk dengan mereka yang ingin pulang ke kota dan ke asrama. tiba-tiba lapar.tunggu nasi lemak pagi esok.jemputlah datang makan sarapan. nasi lemak istimewa..