بسم الله الرحمن الرحيم keputusan peperiksaan keluar hari jumaat lepas.alhamdulillah.rezeki nikmat Allah beri tak pernah putus untuk hambaNya yang selalu leka dan alpa ini. empat tahun berjuang mendapat segulung ijazah (walaupun ijazahnya tak dapat lagi).penuh suka duka nangis tawa.tapi sekalipun tak pernah berjaya mendapat anugerah dekan untuk mak abah.maaf sudah dipohon awal-awal lagi.untung nasib abah faham anaknya yang seorang ini jika usaha lebih sedikit dengan sedikit ketekunan pasti berjaya.tiada ijazah kelas pertama tapi hanya kelas kedua yang mampu jadi hadiah dari angah.niat dihati ingin buat kek dan poskan ke UiTM sebagai tanda terima kasih tapi masih ditangguh lagi hajat itu.insyAllah satu hari nanti.tahniah buat rakan-rakan lain.satu bintang ke dua bintang sudah rezeki masing-masing yang mana pastu setimpal dengan usahanya kan?sudah saya katakan dulu Allah itu Maha Adil. jika ingin saya tulis kisah pahit manis empat tahun saya pasti panjang berjela.cukup saya ucapkan terima...