Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

esok hari ISNIN

disebabkan esok hari isnin maka aku harus pulang ke shah alam
owh sekejapnya duduk di rumah
bila lah nak merasa duduk lama-lama di rumah
balik kampung selalu
makan sedap selalu


ada sesiapa hendak teman aku balik ke shah alam
pasti aku kebosanan nanti
harap minggu ini berjalan dengan baik
moga apa yang dirancang dapat dijalankan
apa yang rakan lain buat di rumah ya?
cemburunya sama mereka


kelmarin ke Cameroh Highland dan UTP
panasnya UTP itu
ingatkan shah alam dah cukup panas
rupanya tronoh lebih panas rupanya
hujan menemani sepanjang perjalanan ke atas bukit itu
Alhamdulillah kami selamat naik dan selamat juga turun dari puncak bukit itu hari ini


dengan suhu 21.6 darjah ketika kami turun tadi
pasti tak dapat melawan kesejukan rakan-rakan di luar negara sana yang mungkin ada mencecah 1 atau 2 darjah celcius
tapi itu pun dah cukup membuatkan aku malas keluar dari selimut.apatah lagi mahu keluar berjalan-jalan


malam ini mahu mimpi yang indah
mimpikan katak pun jadilah.haha.
hujan baru berhenti
memang sesuai un…

MIMPI

mimpi
perkataan yang ada banyak makna
ada sesiapa yang tak pernah bermimpi?

mimpi
sedih.gembira.sakit.kecewa
macam-macam ada

mimpi
ada orang kata benda dalam mimpi benar-benar berlaku
roh kita yang keluar dari badan

mimpi
gelaran yang pernah aku beri pada seseorang
masih ingat lagikah rakan-rakan?
haha.zaman muda mudi

mimpi
kadang-kadang aku rasa apa yang sedang aku lakukan itu pernah terjadi.paling tidak aku pernah saksikan perbuatan itu.
adakah itu mimpi?
kadang-kadang aku pening bila melihat kembali perkara itu berlaku.aku akan berusaha untuk mengingat.sehingga akhirnya aku akan berusaha sedaya upaya mengawal apa yang aku ucapkan.
kadang-kadang aku berjaya
kadang-kadang aku gagal
jika aku gagal aku akan mengucapkan kembali apa yang seperti telah diprogramkan di minda ini
ia berlaku seperti satu putaran masa
pelik

mimpi
selalu orang berpesan semoga mimpi yang indah
apa maksud mimpi indah
dikelilingi jejaka-jejaka tampan gadis-gadis cantik
bunga-bunga mekar di taman
air sungai mengalir tenang
bau-bau harum kemb…

lalalala

Alhamdulillah...
aku dah habis berjuang untuk semester tiga
nantikan kemunculan semester baru hujung tahun ini
aku punya banyak perancangan hujung tahun ini
moga-moga dipermudahkan Allah semua urusan


adik dan alang,
tahniah atas kejayaan kamu berdua
semoga adik-adik angah terus berjaya
dan akhirnya lebih hebat dari orang lain
insyAllah
jadikan sesuatu itu pengajaran dan
berusaha memperbaiki diri sendiri
bukan menyalahkan diri sendiri
terus-terusan


cuti
bermakna aku menghabiskan masa di rumah
tutup semua nota-nota
bangun lambat tidur awal
pasti aku akan rindu
betul
pada kamu semua
teman belajar
teman ketawa
teman makan
teman menangis juga


cuti
maknanya aku akan berjumpa dengan
sahabat-sahabat MOZAC
lagi rindu sama kamu semua
semoga ada masa untuk diselit untuk
lepak dan ketawa tak ingat dunia dengan kamu


cuti
aku takut tunggu 18 disember
aku takut terima kenyataan
tapi aku harus berdoa banyak-banyak
semoga Allah lembutkan hati mereka



semoga cuti kamu semua juga bermakna
selamat bercuti.




mari makan kuih.rindu.
later~~

fajarha…

Que Sera Sera

When I was just a little girl
I asked my mother what will I be
Will I be pretty will I be rich
Here's what she said to me

Que Sera Sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que Sera Sera
What will be will be

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows day after day
Here's what my sweetheart said

Que Sera Sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que Sera Sera
What will be will be

Now I have children of my own
They ask their mother what will I be
Will I be handsome will I be rich
I tell them tenderly

Que Sera Sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que Sera Sera
What will be will be
Que Sera Sera


microbiology.2 paper lagi.
later~~
m310254
0713

hikayat si tujuh

cik fionabee telah tag aku semalam
maka hari ini aku akan menyiapkannya
cik fionabee telah menjadi teman satu dorm aku selama 3 tahun
teman sekelas adalah 3 tahun juga rasanya

mari lihat perihal 7 jawapan
anda mestilah JUJUR,AMANAH,IKHLAS,SOPAN SANTUN dan BERPEGANG PADA PRINSIP(am I?)


1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda

ketinggian melebihi 153cm
tidak kisah kalau perlu buat kerja rumah
tidak kisah tinggal di kampung
bukan seorang yang panas baran
suka makan spaghetti
pandai ikat tali kasut
belajar memahami dan menerima


2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup

haha.sampai 7 orang?tak boleh letak nama di sini terlalu peribadi.maka kesimpulannya seperti di bawah:
3 orang di MOZAC
2 orang di UiTM
1 orang senior
1 orang teman pena

haha.ini semua mainan semata-mata.zaman kanak-kanak yang indah.


3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati

rasa diri manusia paling bertuah
gembira tak terkata
tak tahu nak cakap apa
berbelah bagi
syak wasangka
terharu
nak beritahu satu dunia


4. 7 temp…

A Place Called Here

aku baru habis membaca buku Cecelia Ahern
rupanya semua barang dan orang yang hilang akan ke satu tempat
mungkin ini hanya rekaan atau dongengan
maka aku yakin bahawa nota PULMONARY DISORDER pasti berada di sana
sebab aku tak tahu mana pergi nota itu
dalam komuter masih ada
dalam teksi masih ada
sampai rumah tak ada
redha sahaja lah

minggu ini terlalu banyak pengajaran yang aku dapat
sebelum itu maafkan aku kerana entry sebelum ini terpaksa aku buang kerana bimbang akan terus mencetuskan perkara-perkara yang tak diingini.cukuplah apa yang telah tercetus sekarang

aku tak pernah berniat nak marah siapa pun
kalau aku buat kerja aku sendiri tak kacau orang lain mesti tak ada orang marah kan.tapi aku ada kacau hidup orang lain ke.
atau mungkin aku yang terlebih sensitif dalam hal-hal ini.
atau orang lain rasa apa yang aku buat menganggu hidup mereka.
kalau begitu maaflah.
aku berjanji tak akan kacau hidup siapa pun lagi.
maka kamu pun berjanji jangan kacau hidup aku juga

bila aku hilang aku tahu semua gemb…

zhu ni shengri kuaile

hari ini 3 november
Selamat Hari Lahir Bulat
kami ada kawan nama dia Muhammad Shuhaimi
tapi
kami panggil die Bulat
kalau nak tahu kenapa kena tanya Bulat sendiri


esok 4 november
Selamat Hari Lahir Apan
kami ada kawan nama dia Norzhafran
tapi kami panggil dia Apan
kalau nak tahu kenapa kena tanya Apan sendiri


semoga mereka panjang umur dan murah rezeki
dan
berbahagia selalu
selamat menjawab soalan peperiksaan juga!


oh,managementku sayang.huhu.
later~~


m310254
1719



"doctor of the mind"

aku perlukan seorang doktor
yang boleh menenangkan kepala otak ini
yang faham apa itu perasaan
yang mengerti apa itu simpati

aku perlukan seorang doktor
yang bisa mengubati
yang boleh diyakini
bukan yang pandai memanipulasi

aku perlukan seorang doktor
yang bijak bermain kata
yang pandai mengatur bahasa
yang boleh mendamaikan jiwa

aku perlukan seorang doktor
bukan untuk dilihat
atau
untuk ditatap
tapi
untuk dirawat



kamukah doktor itu?
tunjukkan lah diri kamu
sebelum luka dihati ini bertambah parah
sebelum parut ini menjadi kekal
sebelum sel-sel ini mati




mencari ketenangan jiwa.hilang.
later~~


m310254
2015