Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Keinsafan di bulan Ramadhan

Alhamdulillah dipanjangkan umur bertemu Ramadhan semula.

Semalam diberitahu rakan sekerja ada ADR (Adverse Drug Reaction) untuk dilaporkan di Wad 3B. Kami di HTJS di kehendaki melaporkan 7 kes ADR setahun.

Jadinya setelah selesai tugasan Drug Chart Monitoring di 3A & HDW kaki melangkah ke 3B. Mencari-cari katil 9. Allah Allah Allah!

Sebaknya hati hanya Allah yang tahu.
Istighfar panjang dalam hati. Selak-selak BHT (Bed Head Ticket) pesakit hati teramat sayu. Tergamam seketika.

Untuk kepastian, kaki dilangkah menemui doktor yang menjaga kubikel 2. Kata doktor pakar pembedahan hanya mahu kesan advers dilapor dan direkod tidak lebih daripada itu memandangkan keadaan pesakit sudah sebegitu. Dalam hati, Ya Allah panjangkan lah umur pesakit.

Adik,
Mungkin sudah tertulis begini nasibmu. Tapi bersyukurlah Allah panjangkan umurmu adik. Terima kasih pada siapa yang ketemu kamu di dalam longkang itu. Post Op D36 kamu masih survive adik. Walau mungkin kamu sengsara walau mungkin kamu ter…