Alhamdulillah dipanjangkan umur bertemu Ramadhan semula.
Semalam diberitahu rakan sekerja ada ADR (Adverse Drug Reaction) untuk dilaporkan di Wad 3B. Kami di HTJS di kehendaki melaporkan 7 kes ADR setahun.
Jadinya setelah selesai tugasan Drug Chart Monitoring di 3A & HDW kaki melangkah ke 3B. Mencari-cari katil 9. Allah Allah Allah!
Sebaknya hati hanya Allah yang tahu.
Istighfar panjang dalam hati. Selak-selak BHT (Bed Head Ticket) pesakit hati teramat sayu. Tergamam seketika.
Untuk kepastian, kaki dilangkah menemui doktor yang menjaga kubikel 2. Kata doktor pakar pembedahan hanya mahu kesan advers dilapor dan direkod tidak lebih daripada itu memandangkan keadaan pesakit sudah sebegitu. Dalam hati, Ya Allah panjangkan lah umur pesakit.
Adik,
Mungkin sudah tertulis begini nasibmu. Tapi bersyukurlah Allah panjangkan umurmu adik. Terima kasih pada siapa yang ketemu kamu di dalam longkang itu. Post Op D36 kamu masih survive adik. Walau mungkin kamu sengsara walau mungkin kamu terseksa kanu harus tahu mereka disekeliling sangat menyayangi kamu.
Adik,
Jangan salahkan doktor tidak merawatmu. Itu semua kuasa Allah adik. Doktor mungkin sudah tidak berupaya dan buntu untuk terus meracunimu dengan bahan-bahan kimia lagi. Doktor kata adik boleh balik. InsyAllah nanti Isnin kita bertemu lagi jika adik masih di wad.
Adik,
Craniectomymu itu pasti menyakitkan. TBI mu itu pasti menghantui seumur hidup. Acinetobacter baumanii infection di kedua-dua mata mu semoga sembuh dengan segera. Sekurang-kurangnya dapat kau tatap dunia ciptaan Allah ini. Rashes yang kau dapat akibat dari antibiotik itu semoga semakin baik keadaannya.
Adik,
Sayu rasa hati sebelum melangkah meninggalkan katilmu. Melihat ibumu merayu "abang,bangun lah abang". Allah Allah Allah. Adik dengarkan ibu adik panggil tu. Adik kena kuat untuk mereka. Tidak semua diuji sebegini. Hanya mereka yang terpilih sahaja adik.
Adik,
Doaku kepada Allah. Semoga dicekalkan hatimu dan keluargamu menerima dugaan ini. Menghadapi ujian Allah. Sesungguhnya seandainya Allah lebih menyayangimu Adik, kakak doakan adik bahagia di sana & insyAllah semoga Adik ditempatkan di syurga sana.
InsyAllah.

Comments