Sunday, November 9, 2008

A Place Called Here




aku baru habis membaca buku Cecelia Ahern
rupanya semua barang dan orang yang hilang akan ke satu tempat
mungkin ini hanya rekaan atau dongengan
maka aku yakin bahawa nota PULMONARY DISORDER pasti berada di sana
sebab aku tak tahu mana pergi nota itu
dalam komuter masih ada
dalam teksi masih ada
sampai rumah tak ada
redha sahaja lah

minggu ini terlalu banyak pengajaran yang aku dapat
sebelum itu maafkan aku kerana entry sebelum ini terpaksa aku buang kerana bimbang akan terus mencetuskan perkara-perkara yang tak diingini.cukuplah apa yang telah tercetus sekarang

aku tak pernah berniat nak marah siapa pun
kalau aku buat kerja aku sendiri tak kacau orang lain mesti tak ada orang marah kan.tapi aku ada kacau hidup orang lain ke.
atau mungkin aku yang terlebih sensitif dalam hal-hal ini.
atau orang lain rasa apa yang aku buat menganggu hidup mereka.
kalau begitu maaflah.
aku berjanji tak akan kacau hidup siapa pun lagi.
maka kamu pun berjanji jangan kacau hidup aku juga

bila aku hilang aku tahu semua gembira
memang aku harap aku dapat duduk selama-lamanya di sana
tapi apakan daya aku tak mampu
tuntutan di sini lebih besar lagi

minggu-minggu terakhir peperiksaan sangat mencabar
subjek-subjek semuanya berat
tapi aku semakin kehabisan tenaga untuk belajar
aku rasa susah hendak berjaga malam
walaupun caffeine dari nescafe agak membantu tapi masih tak mampu menahan mata aku sampai pagi

aku telah minta kepastian doktor untuk minum nescafe
nasib baik dia kata ok cuma hanya akan meninggalkan kesan pada permukaan gigi.doktor kata nanti boleh buat whitening.
maka aku akan terus perlukan kamu wahai nescafe

aku harus berusaha lebih gigih minggu-minggu terakhir ini.
semoga semua berjaya.
aku doakan kamu semua.
jangan lupa doakan aku sekali.
insyAllah.




perut lapar.perut sakit.
later~~

m310254
1205




4 comments:

mardhiyah said...

zati, chaiyoookk!!! hold on!! :D :D

izzati said...

mardhiyah,

thanks..huhu..
same2 kite menuju kejayaan..:]

~fiOnAbEE~ said...

betty..kamu telah ditag! selamat menyiapkannya! hehe =)

izzati said...

fionabee,

naseb baek arini x de paper..
thanks for the tag..:P

 
template by suckmylolly.com