masih belum terlambat rasanya untuk ucapkan selamat hari raya. mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kuku kaki jika ada salah silap terkasar bahasa terkecil hati.saya hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan. jangan simpan dalam hati ya! sebenarnya,saya sedang berada di dalam kereta menuju ke kg.baru. wan masuk hospital semalam kerana bengkak di kakinya.doktor kata mungkin disebabkan masalah dengan jantung.saya bukan seorang doktor malah belum layak bergelar ahli farmasi.tetapi pada pendapat saya masalah yang berlaku mungkin disebabkan tindak balas ubat atau kesan sampingan beberapa jenis ubat yang wan ambil.tak apa saya hanya mampu berdoa agar wan sihat kembali.selepas ini saya dikehendaki pergi ke hospital dan nampaknya hanya boleh menjaga wan pada hari jumaat sahaja.sungguh saya berdoa wan cepat sembuh dan kuat semangat. malam tadi saya sudahkan juga memasukkan data ke fail SPSS.itu baru separuh daripada data yang saya ada.masih ada data dari dua universiti yang belum...