masih belum terlambat rasanya untuk ucapkan selamat hari raya.
mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kuku kaki jika ada salah silap terkasar bahasa terkecil hati.saya hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan.
jangan simpan dalam hati ya!
sebenarnya,saya sedang berada di dalam kereta menuju ke kg.baru.
wan masuk hospital semalam kerana bengkak di kakinya.doktor kata mungkin disebabkan masalah dengan jantung.saya bukan seorang doktor malah belum layak bergelar ahli farmasi.tetapi pada pendapat saya masalah yang berlaku mungkin disebabkan tindak balas ubat atau kesan sampingan beberapa jenis ubat yang wan ambil.tak apa saya hanya mampu berdoa agar wan sihat kembali.selepas ini saya dikehendaki pergi ke hospital dan nampaknya hanya boleh menjaga wan pada hari jumaat sahaja.sungguh saya berdoa wan cepat sembuh dan kuat semangat.
malam tadi saya sudahkan juga memasukkan data ke fail SPSS.itu baru separuh daripada data yang saya ada.masih ada data dari dua universiti yang belum diterima.sekarang saya berusaha untuk menyiapkan laporan makmal pharmacokinetics dan dr.minaketan.cuti waktu raya kali ini tak boleh berehat sewenang-wenangnya.hari rabu hendak ke kelantan pula.sabtu pagi baru sampai ke rumah kembali.ahad sudah hendak pulang ke puncak alam.isnin perlu ke hospital.tak tahu apa lagi yang menanti selepas ini.cuma tinggal beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.saya harus mendapat keputusan cemerlang kali ini.tak mampu mendapat anugerah dekan saya harus mengekalkan keputusan yang sudah nyawa-nyawa ikan itu.
saya sudah hendak sampai ke hospital.selamat hari raya kawan-kawan.
berhati-hati di jalan raya ya.dan dengan sedihnya saya tak dapat beraya dengan kawan-kawan di melaka hari ini.selamat bergembira!
Comments