aku tak dilahirkan dalam kesenangan juga bukan dalam kesusahan aku tak dididik dengan kekayaan juga bukan kemanjaan tapi aku diajar menghormati orang juga diri sendiri tapi aku dilatih menyayangi orang lain seperti diri sendiri dan aku telah terapkan yang terakhir itu dalam diri sehingga memakan diri sendiri terlalu menyayangi tanpa sedari itu semua hanya mimpi tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi tapi bagaimana kalau ia pernah berbunyi kemudian terhenti? tapi bagaimana? bukan membenci kerana aku tak reti masa aku perlukan untuk marahi diri ini masa aku perlukan untuk terima hakikat hidup ini kerana kau tak pernah mengerti sungguh aku yakin kau tak pernah mengerti aku cabar kau berbalah jika kau rasa benar dan aku yang salah balas kembali mel elektronik yang aku kirim kita bincang supaya terubat luka yang terhiris aku masih menghormati kau.jangan risau. cuma aku sedang cuba untuk tidak menyayangi kau