Skip to main content

7:12, Jumaat


aku tak dilahirkan dalam kesenangan juga bukan dalam kesusahan
aku tak dididik dengan kekayaan juga bukan kemanjaan

tapi aku diajar menghormati orang juga diri sendiri
tapi aku dilatih menyayangi orang lain seperti diri sendiri

dan aku telah terapkan yang terakhir itu dalam diri
sehingga memakan diri sendiri

terlalu menyayangi tanpa sedari itu semua hanya mimpi
tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
tapi bagaimana kalau ia pernah berbunyi kemudian terhenti?
tapi bagaimana?

bukan membenci kerana aku tak reti
masa aku perlukan untuk marahi diri ini
masa aku perlukan untuk terima hakikat hidup ini
kerana kau tak pernah mengerti
sungguh aku yakin kau tak pernah mengerti

aku cabar kau berbalah
jika kau rasa benar dan aku yang salah
balas kembali mel elektronik yang aku kirim
kita bincang supaya terubat luka yang terhiris

aku masih menghormati kau.jangan risau.
cuma aku sedang cuba untuk tidak menyayangi kau


Comments

Popular posts from this blog

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi...

sabtu

hari ini semua orang bertungkus-lumus menjayakan kenduri tahlil tengahari tadi dan akhirnya semua orang kepenatan.setahun sekali sahaja.tak apalah. esok masih dipenuhi dengan jemputan kenduri dan majlis perkahwinan.minggu depan juga begitu.kecuali hari ahad yang sudah mula sibuk dengan mereka yang ingin pulang ke kota dan ke asrama. tiba-tiba lapar.tunggu nasi lemak pagi esok.jemputlah datang makan sarapan. nasi lemak istimewa..

4 years

i forgot to celebrate 4 years im in love with my braces haha.so today its already 4 years and 8 days. and thats my 34th appointment owh my dear teeth! i hope i can remove this braces before i graduate or else its going to be 6 years.wow. today full with activities until i get confused till the end of the day from morning stuck in traffic jam although i only want to go to tampin so walk to the bank and pharmacy and finally to the optometrist esok aku akan pulang ke shah alam aku tak mahu bergegas-gegas pulang hari jumaat nanti besides,i have to settle that stuffs tomorrow kalau dia tak dapat siapkan memang nak kena lah haha.kerja-kerja aku semua tak siap lagi. ini memang betul-betul cuti. tak apalah asalkan aku gembira.walaupun sekejap. dan sekarang aku bingung.