Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Work, Play & Love: Sabah Part I

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" So, I think you know where I am right now kan? The place where I never ever imagine I will stay. Will work here. Will be all alone here except friends around me. It is definitely not a good news to receive especially when you're half awake after your night call shift in the middle of Deepavali week. I read through WhatsApp. I cried. Yes, I cried. Why me? There are thousands of pharmacist in Malaysia but why me? But, I believe in the power of Doa. I believe everything happen for a reason. If you are the lucky one like me, don't cry. It won't solve your problem. Let me tell you what to do, okay? 1. Discuss with your parents whether they've any problem with the Arahan Pertukaran. Don't discuss with your girlfriends or boyfriends or even bestfriends, they will definitely suruh appeal punya! :P Make a correct decisio...

Dear Parents: Happy 25th Wedding Anniversary!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" Mak & Abah, Congratulations on your silver wedding anniversary! Wish both of you a wonderful life ahead and memories that'll stay forever. insyAllah May Allah bless you with good health and wealth. lots of love, angah

Keinsafan di bulan Ramadhan

Alhamdulillah dipanjangkan umur bertemu Ramadhan semula. Semalam diberitahu rakan sekerja ada ADR (Adverse Drug Reaction) untuk dilaporkan di Wad 3B. Kami di HTJS di kehendaki melaporkan 7 kes ADR setahun. Jadinya setelah selesai tugasan Drug Chart Monitoring di 3A & HDW kaki melangkah ke 3B. Mencari-cari katil 9. Allah Allah Allah! Sebaknya hati hanya Allah yang tahu. Istighfar panjang dalam hati. Selak-selak BHT (Bed Head Ticket) pesakit hati teramat sayu. Tergamam seketika. Untuk kepastian, kaki dilangkah menemui doktor yang menjaga kubikel 2. Kata doktor pakar pembedahan hanya mahu kesan advers dilapor dan direkod tidak lebih daripada itu memandangkan keadaan pesakit sudah sebegitu. Dalam hati, Ya Allah panjangkan lah umur pesakit. Adik, Mungkin sudah tertulis begini nasibmu. Tapi bersyukurlah Allah panjangkan umurmu adik. Terima kasih pada siapa yang ketemu kamu di dalam longkang itu. Post Op D36 kamu masih survive adik. Walau mungkin kamu sengsara walau mungkin ka...

The Simple Life Part I

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" Berhabuk sudah. Bersawang sudah.  Maaf sentiasa salahkan masa pabila tak menulis disini. Entah bila mahu mengaku salah sendiri. Entri terakhir Februari lepas. Lamanya tak menulis. Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk berjalan. Masih diberi peluang untuk bernafas. Masih seperti biasa. Berkhidmat di Hospital Tuanku Ja'afar. Mungkin untuk beberapa tahun mendatang atau mungkin hanya untuk beberapa bulan lagi. Telah berjaya menamatkan beberapa unit di Jabatan Farmasi. Hajat untuk menaip pengalaman dalam setiap unit. Mungkin nanti pabila sudah selesai setahun akan ditulis InsyAllah. Siapa tahu boleh jadi untuk panduan bakal-bakal pegawai nanti :) Terlalu rindukan masa untuk bersama-sama kawan. Memang benar kata-kata orang bila sudah berkerja pasti akan rindu masa berkuliah. Masa untuk ke kelas. Masa menyiapkan assignment. Semua itu satu kerindua...

Quick Update

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" Lamanya tak menulis. Salah sendiri. Jangan nak salahkan orang lain. Jangan nak salahkan masa. Jangan nak salahkan jadual kerja. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih bukan? Soalan pertama selalu orang tanya. Kerja okay? Mari bercerita mengenai kerja. Dua bulan di OPD sangat menarik. Suasana hingar-bingar. Sesak-sesak. Seronok bukan? Jujur saya rindukan semua itu. Sebab itu kami masih ke sana awal pagi dan lewat petang. Dua minggu di Klinik Metadon. Orang kata menakutkan. Patient ramai yang psycho but the thing is you learn lots of new experiences there. You can meet new people. You learn their expressions. You get to know them and their backgrounds. Plus a very cool and supportive boss there. Dan saya pasti akan rindu klinik itu. Dan esok akan kembali ke IPD untuk seminggu lagi kemudian akan berpindah ke DIS.  Tipu siapa cakap kerja tak penat. ...