Skip to main content

The Simple Life Part I



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Berhabuk sudah. Bersawang sudah. 
Maaf sentiasa salahkan masa pabila tak menulis disini. Entah bila mahu mengaku salah sendiri.

Entri terakhir Februari lepas. Lamanya tak menulis.

Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk berjalan. Masih diberi peluang untuk bernafas.
Masih seperti biasa. Berkhidmat di Hospital Tuanku Ja'afar. Mungkin untuk beberapa tahun mendatang atau mungkin hanya untuk beberapa bulan lagi. Telah berjaya menamatkan beberapa unit di Jabatan Farmasi.
Hajat untuk menaip pengalaman dalam setiap unit. Mungkin nanti pabila sudah selesai setahun akan ditulis InsyAllah. Siapa tahu boleh jadi untuk panduan bakal-bakal pegawai nanti :)

Terlalu rindukan masa untuk bersama-sama kawan. Memang benar kata-kata orang bila sudah berkerja pasti akan rindu masa berkuliah. Masa untuk ke kelas. Masa menyiapkan assignment. Semua itu satu kerinduan yang tak ternilai. Bila berkerja dipenuhi dengan separa mereka yang pentingkan diri. Mereka yang suka menyebar cerita. Mereka yang tiada tolak ansur. Maka bertambah rindu di dada. Rindukan kawan-kawan sekelas. Rindukan mereka yang serumah :'(

InsyAllah awal tahun depan akan berusaha untuk menjayakan "Malam Menggamit Memori UiTM Rx6". Will decide later where and when to organize it :)

So happy that more and more wedding and engagement invitations received. But not happy at all when people asked "your majlis bila?" Even a cousin of mine asked yesterday "I heard you're getting engage soon" Memang statement minta tapak tangan betul. Tak pun dapat cubitan berbisa kala jengking pun boleh. Jodoh dan pertemuan memang di tangan Allah. Jika dah tertulis namanya maka insyAllah muncullah dia satu hari nanti. Jika orang lain bertanya siapa gerangannya, empunya diri ini sendiri lebih tertanya-tanya siapa gerangannya. Mungkinkah yang di depan mata sekarang? Atau mungkin yang jauh di sana? Jawapan selamat bila ditanya bila "I muda lagi baru 23". Muda lah tu walaupun sekarang adik-adik dekat luar 19 tahun 20 tahun dah kahwin. Jodoh mereka sampai awal :)

Terlalu banyak perancangan dalam hidup tapi Allah yang menentukan jaya atau gagalnya. InsyAllah semoga semuanya berjalan lancar. InsyAllah akan menaip lagi disini bila masa dan ilham ada.



Bila hati menangis belum tentu mata berair.
Bila hati berkata mungkin tika mulutnya terkatup.
Jangan ditafsir sesorang itu anda diri tidak mengenali.

Jaga diri baik-baik.
Jangan lupa makan.Jangan lupa solat.


Comments

Popular posts from this blog

How I met you...

Today the Facebook memories pop-up and remind me that I was up there climbing the Aki Nabalu five years ago. How time flies.... Actually, the so confident me replacing someone just 2 weeks after I came here in Sabah. From a sedentary lifestyle suddenly want to climb Mount K. Well, at least I tried and I got my color certificate okay! And, who knows that is the beginning of everything. No. No. I am not getting married to any of the porter. It is the beginning of me getting to know whole group of new people. The people who are funny, spontaneous and cheerful and supportive. And, you also in that group of people. And, we become friends after that. Until now. Despite all the fights, all the disagreement, all the terasa hati, all the drama and all the mengada-ngada stories, we are still friends till today. I actually make a promise to myself that when I'm here in Sabah, I won't fall in love with anyone. Not even gonna look for anyone. I can't. I am too heart-...

ruski

a little bit happy with my marketing presentation although i skip my lunch to complete the task and have to susahkan hanah to print the slides still we can present it very well for me lah and i love marketing! everybody had their lunch so its only me yang lapar bila waktu petang then teringat maggi ruski yang tak dimakan lagi so sweet bila makan ruski after maghrib tadi and i use air panas instead of masak atas api betul-betul rasa macam kat asrama.hehe tomorrow ada lab pharmaceutical analysis and meeting sophys juga and tomorrow mereka pergi konsert Jason Mraz.huhu a little bit menyesal sebab tak beli tiket juga tapi tak apa.percaya yang pasti ada hikmah disebaliknya. im looking forward to go back home i want to eat good food and i wish i can eat durian fresh from the tree.ada durian ke sekarang? mahu tidurlah sekarang.walaupun dah tidur tadi tapi masih mengantuk lagi esok kelas dr.wong.nanti takut dia main tanya-tanya lagi aduh takutnya.huhu i love you! ..goodnight everybody..

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi...