Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

akhirnya

hari ni genap umur aku 19thn. baru 19 muda lagi. bak kata jaja tak boleh pergi clubbing lagi. maaflah dah lama tak menulis kat sini. masa tak mengizinkan. banyak benda yang nak ditulis tapi. banyak halangan. 19 tahun. banyak benda yang nak dicapai tahun ini. lepas ini buat entry untuk wishlist . harap-harap tercapai. shahir kata dah sampai masa cari pasangan.haha. perlu ke dimasukkan dalam senarai? jadual peperiksaan dah keluar. owh nampaknya gabungan PNS dan Pathology tak terlalu baik. begitu juga dengan Mandarin dan CTU. masa harus dibahagi dengan bijak. hari ni nak buat cheese cake . ada yang berminat? datangla ke bongek . tak payah naik sampan atau helikopter . jalan kaki pun sampai. sambutan hari lahir dirumah pasti tak sama seperti kanak-kanak dulu. indahnya waktu kecil.kek.belon.hadiah. dunia penuh dengan warna-warni. sekarang penuh dengan huru-hara.masalah. seikhlasnya, sekarang sedang rindu sama seseorang. bukan pada orangnya.tapi pada perangai dan kata-katanya. tapi tak bo

semalam dan hari ini . .

semalam seorang sahabat kehilangan bapanya. semoga roh bapanya dicucuri rahmat. Al-Fatihaah. yang hidup pasti akan pergi tinggalkan kita semua. maka hargailah mereka yang tersayang sementara masih bernafas. owh,esok pagi hendak pulang ke rumah. dah 1 bulan 1 minggu 1 hari tak balik. rindu sungguh pada semua. uwan,atuk,abah,emak,adik,alang,mak tih,mak ngah. semua sekali lah. nampaknya aku semakin berdikari . bukan lagi anak manja yang balik setiap minggu . tapi tak apa abah dan emak telefon setiap hari. kalau tak mahu sayu juga hati ini. tapi satu hari nanti kalau mereka tak telefon pasti susah hati. pagi esok mengikut perancangan minta tolong hanah hantar ke komuter shah alam atau padang jawa.(tQ cik hanah!) kalau tak naik teksi lah jawabnya. owh tak apa misha ada teman. sepatutnya sebelum tengahari dah sampai rumah. tapi kita merancang. Allah yang menentukan. tunggu saja esok pukul berapa sampai. pathology menjerit minta disiapkan. later~~ m310254 1539

Pulanglah

Termenung ku sendiri Memendam rindu tidak menentu Kasih suci murni yang kita bina Hapus hancur oleh kata fitnah Di pagi hari raya Hati sayu mengenang dirimu Mudahnya kau menggantikan diriku Seolah cintaku tak berharga Apakah suratan Aidilfitri satu titik akhir Sekian lama bercinta Kau tiada di hari mulia Keampunan ku pohon Sekiranya aku yang berdosa Pulanglah ku merindui mu sayang Ku menanti dengan hati rela Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang Ku menunggu mu di hari raya kawan-kawan yang jauh.selamat hari raya. later~~ m310254 2325

22 september 2008

0000 : birthday nur aimi (sayang kamu!) 0830-0930 : SPSS 16.0 0930-1030 : RGV 1030-1230 : cancer and tumor immunology 1230-1330 : beta-adrenoceptor antagonist 1330 : Zuhur 1400-1500 : Majlis Penutup Minggu Pemantapan Iman 1500-1630 : Annual Grand Meeting SOPHYS 2008/2009 1630-1700 : main-main di lif 1700-1800 : hubungan entik, integrasi dan menangani cabaran 1800-1900 : M3-10-254 1910-2010 : Pusat Islam UiTM 2010-0030 : M3-10-254 penat gile arini.penat. later~~ m310254 0010

OPKIM III

habis pasal Haikal. bercakap mengenai pentadbiran asrama anak yatim. dipimpin oleh beberapa orang ustaz yang dipanggil abah oleh mereka. pengetuanya seorang yang kurang upaya. bergantung kepada sebuah kenderaan ibarat motor yang telah diubah suai untuk memudahkan beliau bergerak. walau apa pun satu penghargaan patut diberi kepada ustaz tersebut atas kejayaan beliau memimpin asrama tersebut. menurut sejarah asrama tersebut dibina pada tahun 1985 sehingga sekarang. ada mulut menyampaikan berlakunya k***p*i dalam pentadbiran sehingga menyebabkan nasib anak-anak itu kurang terbela. sejauh mana kebenarannya tak lah diketahui. hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yg tahu. buka puasa yang istimewa bagi mereka mungkin. berlaukkan kari ikan,ayam goreng,udang goreng,sayur pecal. tapi entah kenapa majoriti mereka tak makan ikan. tak tahulah memilih ikan atau tak biasa. hai,adik-adik ini banyak juga kerenahnya. para fasi yang seronok menjamu selera nampaknya. laparlah katakan! azan dialun sek

OPKIM II

selepas Asar kami bahagi-bahagi mereka kepada 7 kumpulan. tetapi rasanya yang pelajar perempuan sekolah menengah lebih bijak duduk dalam satu kumpulan. lantaklah! adik-adik kecil itu sungguh petah bercakap malah yang lelaki lebih malu-malu dari perempuan. pelik sungguh. some kids look like very samseng . ah,diri sendiri yang takut dengan mereka. kami buat sesi perkenalkan diri dan aktiviti mencipta kad raya dan membina menara. adik-adik itu ada yang tak tahu menulis apatah lagi membaca. maka kami para fasi tolongla mereka kad raya adik-adik ini. kebetulan dtg seorg anak kecil. berbaju melayu biru laut dan duduk di sebelah rakannya. bila di tanya nama sape?......... umur berapa?........... dah sekolah?......... nak lukis?............ nak warna?....... akhirnya mengangguk! ceh,membazir air liur aku je tanya.. bila bagi kertas dan pensel diam je lagi.. okey,nak warna je maknanya kena lukis la. hentam kan aje die kecik mana tau ape2.. maka tertulis lah ucapan SELAMAT HARI RAYA di atas kert

OPKIM

semalam ke rumah anak yatim sekendi di sabak bernam sempena OPKIM (operasi khidmat masyarakat). dari pukul 9.45 kami mula mengemas barang-barang yang didermakan oleh sahabat2 di fakulti. alhamdulillah semoga Allah mencurahkan lebih banyak rezeki kepada mereka kelak. selepas Zohor kami ke sana dan perjalanan sungguh mencabar dan sangat jauh. jalan seperti roller coaster membuai-buai bas ibarat mendodoi anak tidur. akhirnya tepat pukul 4.30 sampai di rumah anak yatim sekendi. kanak-kanak menyambut kami dengan ciuman tangan yang amat janggal rasanya. mungkin satu rasa hormat atau kegembiraan yang bersarang dihati mereka menerima tetamu. owh,keadaan di sana sangat menyedihkan! maaflah jika sesiapa mempunyai kaitan dengan rumah anak yatim itu. pada pengamatan diri sendiri rasanya nasib mereka TIDAK terbela pada hakikat sebenar. tidak ramai dalam 70 orang itu pun dari 5 tahun ke form 6 kalau tak salah. ada di antara mereka yang tinggal di asrama yang KURANG bercirikan asrama. ada di antar