Skip to main content

akhirnya

hari ni genap umur aku 19thn.
baru 19 muda lagi.
bak kata jaja tak boleh pergi clubbing lagi.

maaflah dah lama tak menulis kat sini.
masa tak mengizinkan.
banyak benda yang nak ditulis tapi.
banyak halangan.

19 tahun.
banyak benda yang nak dicapai tahun ini.
lepas ini buat entry untuk wishlist.
harap-harap tercapai.
shahir kata dah sampai masa cari pasangan.haha.
perlu ke dimasukkan dalam senarai?

jadual peperiksaan dah keluar.
owh nampaknya gabungan PNS dan Pathology tak terlalu baik.
begitu juga dengan Mandarin dan CTU.
masa harus dibahagi dengan bijak.

hari ni nak buat cheese cake.
ada yang berminat?
datangla ke bongek.
tak payah naik
sampan atau helikopter.
jalan kaki pun sampai.

sambutan hari lahir dirumah pasti tak sama seperti kanak-kanak dulu.
indahnya waktu kecil.kek.belon.hadiah.
dunia penuh dengan warna-warni.
sekarang penuh dengan huru-hara.masalah.

seikhlasnya,
sekarang sedang rindu sama seseorang.
bukan pada orangnya.tapi
pada perangai dan kata-katanya.
tapi
tak boleh terus begini.
bahaya!

masa akan dicuri lagi untuk menulis.
bukan senang dapat peluang untuk duduk depan komputer.


lantai tak sapu lagi.nanti mak bising.
later~~
fajarharapan
1143




Comments

~fiOnAbEE~ said…
bettt!!!! at last..jumpe gak ur blog..hehhe..bet! so-so-so soryyy! kre kering gler..tu sen pon tarak!
so,here's a wish for you~
happy-happy 19th birthday to you!!!
may ALLAH bless you with luck,joy n success throughout the year.
*biiiiiiiiiig hugggggsssssss*

muax!
-xoxo-
izzati said…
hehe..
thanx bee..
kumpul duet raya t.up ek..
u still use the old num is it?
setia dgn ur yellow manek?hehe
beeeeeeeeee said…
yupp2..I WILL FOLLOW U!
hihi~
Asak said…
Uit..
Hepi beshday ye?
Da tue da ko..
19?
Da boleh isap rokok tu..
Tapi jgn isap plak..
Keh3..
izzati said…
hehe..
tq2..mane ade tua mude lg ah tu 19..
eh,dh bole hisap rokok ke?
x leh hisap ah nanti hbs braces aku jd kuning..haha

Popular posts from this blog

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi...

sabtu

hari ini semua orang bertungkus-lumus menjayakan kenduri tahlil tengahari tadi dan akhirnya semua orang kepenatan.setahun sekali sahaja.tak apalah. esok masih dipenuhi dengan jemputan kenduri dan majlis perkahwinan.minggu depan juga begitu.kecuali hari ahad yang sudah mula sibuk dengan mereka yang ingin pulang ke kota dan ke asrama. tiba-tiba lapar.tunggu nasi lemak pagi esok.jemputlah datang makan sarapan. nasi lemak istimewa..

jumaat yang penat

maka hari ini hari jumaat adalah hari untuk bertungkus-lumus membantu memasak beberapa juadah untuk kenduri esok.hari untuk belajar beberapa perkara penting dalam hidup juga.dan kepenatan yang tidak terhingga dari pagi sampai petang.rancangannya hendak ke bulan awal malam ini tapi tak tahulah tiba-tiba sudah tidak mengantuk.sahabat saya hendak ke singapore esok dan saya sungguh cemburu.memandangkan saya akan ke johor 20 jun nanti maka saya sedang merancang untuk ke sana juga.ada sesiapa punyai masa lapang dan mahu bawa saya ke sana?jomlah...sudah bertahun-tahun saya tak ke sana =) saya rasa ada sesuatu yang tersimpan disini dan perlukan seseorang untuk menelannya untuk saya.lagi sekali,ada sesiapa sudi menjadi tempat meluahkan kembali semua yang terperap disini?tolonglah..lama sungguh dia disini.. entry yang tak ada tujuan melainkan ingin mencari teman ke singapore. selamat malam dan ...................