Ada orang menangis, bila gembira.
Ada orang ketawa, bila gembira.
Tapi apa sebenarnya yang buat kita gembira?
Skor 4.0 dalam exam?
Mengolok kawan yang jatuh di tandas?
Tolong makcik angkat barang sambil melintas jalan?
Makan durian Musang King sampai sendawa?
Alang call last few weeks.
Dia sedih tak dapat buat mak abah gembira.
So, I asked her how you define gembira?
How mak abah define gembira?
For me,
Jika balik every month tu dapat buat mak abah gembira, saya akan balik.
Jika minta transfer tu dapat buat mak abah gembira, saya akan minta.
Jika kahwin tu dapat buat mak abah gembira, saya akan kahwin.
Cuma, belum rezeki saya untuk balik duduk dengan mak abah. Belum sampai jodoh saya untuk kahwin.
Its different when it comes to her situation.
Dia ada dekat rumah every single day. Tolong mak basuh pinggan. Tolong abah angkat baju.
Macamana desperatenya saya nak duduk rumah! Nak buat semua benda untuk gembirakan mak abah. Jealous!
Cari makna gembira dalam kehidupan seharian kita.
Setiap aspek kehidupan ada terselit kegembiraan.
Jauh dari mak abah. Allah uji dengan macam-macam.
Hari-hari saya balik kerja tak mampu nak tolong itu ini buat mak abah gembira.
Mak abah tak ada depan mata saya.
Hanya mampu call bila malam nak laporkan aktiviti harian dengan mereka.
Hari-hari, cukup untuk saya buat kawan-kawan gembira. Cukup saya buat pak guard dekat apartment tersenyum. Cukup saya buat pesakit tersenyum.
Itu makna gembira bagi hari-hari saya.
Dan,
bersyukurlah setiap masa bila Allah bagi kita peluang untuk buat mak abah kita gembira.
Sementara mereka masih ada. Sementara kita masih bernyawa.
Lots of love,
betty
Comments