hari ini sudah hari raya kedua dan sudah 5 hari berada di rumah. hari raya seperti tahun-tahun sudah juga.jadual yang sama.aktiviti yang sama.orang yang sama.tiada yang berbeza.yang pergi tetap pergi.yang baru jejak kaki ke dunia tetap masih baru. dan malam ini seperti biasa teratak sederhana ini akan sedia menanti kedatangan saudara-mara yang berkereta-kereta.mereka sangat ramai.sehinggakan saya sendiri tidak mengenali mereka.mereka datang.makan berbual ketawa dan pulang itu sahaja.jumpa setahun sekali.mungkin di kenduri kendara juga.tapi sekurang-kurangnya saya tahu saya punyai saudara-mara lagi.indahnya aidilfitri. lebih gembira jika saya katakan tahun ini Allah beri saya berpuasa penuh sebulan.tidak perlu fikir untuk menggantikan puasa.kali terakhir saya penuh berpuasa mungkin semasa tingkatan 3 atau 4.insyAllah jika panjang umur akan disempurnakan puasa sunat syawal pula.tahun ini kerap kali ketemu dengan bayi.mereka comel,manja dan tidak tahu apa-apa.sepupu saya ramai yang sudah ...