dialah guru,dialah abah
dialah anak,dialah sahabat
dialah teman,dialah rakan
tak kenal lelah
tak jemu mengajar
tak jemu bersabar
melayan kerenah anak-anak yang membesar
sayangnya kami kepada dia
tulus suci tiada gantinya
kerana abah kami berdiri
kerana abah kami disini
tanpa abah siapa kami
hidup tanpa ilmu ibarat layang-layang terputus tali
kami tanpa abah pasti hilang segala seri
dan hari ini ulangtahun abah
maafkan kami tak berada di rumah
dari jauh kami doakan
semoga bahagia berkekalan
Allah panjangkan umur abah
Allah murahkan rezeki abah
Allah beri kesihatan kepada abah
En.Abdul Halim Zaki,
Selamat Hari Lahir!
Comments