rabu depan peperiksaan saya akan bermula tapi ini kali pertama sepanjang di UiTM saya rasa sungguh tak bersedia dan memang takut untuk menghadapi peperiksaan.kami telah merancang jadual belajar dan setakat ini telah dipatuhi walaupun sedikit lambat dan perlahan.semoga saya dan kawan-kawan akan berjaya menghadapi penderitaan tiga minggu ini dengan tabah dan penuh kekuatan.semoga dikurniakan badan yang sihat dan minda yang cerdas dan dijauhkan dari segala mala petaka dan bencana.
memandangkan kami telah bercadang untuk tinggal di luar kolej semester depan jadi rumah sewa telah mula dicari dan Allah memudahkan urusan kami dengan memberi bantuanNya.ahamdulillah kami berjaya menjumpai rumah kembar dua yang ingin disewa dan tadi rakan-rakan telah pergi melihat dan berjumpa dengan tuan rumah.insyAllah kami ada banyak perancangan setelah pindah ke rumah baru nanti.tunggu undangan kami.
10 mei iaitu 2 hari selepas habis peperiksaan saya akan ke johor untuk melengkapkan tuntutan latihan industri selama 7 minggu dan mungkin akan mengambil peluang untuk ke singapura juga.mungkin habiskan masa di pasir gudang juga bila hujung minggu.mungkin ke pulau batam?
dengan jujurnya saya punyai banyak masalah peribadi akhir-akhir ini.yang tersimpan dalam hati tapi demi peperiksaan biarkan sahaja semuanya.demi persahabatan juga ada baiknya kalau diamkan sahaja.Allah lebih mengetahui segalanya.
dengan ini saya Izzati binti Abdul Halim Zaki memohon maaf kepada semua pihak atas ketelanjuran kata dan perbuatan seandai terkecil hati dan terbenci.semoga di halalkan makan minum dan doakan kejayaan kita bersama dalam apa jua keadaan dan suasana.
selamat maju jaya.
Comments
good luck zati =) all the best for your final examination, industrial training also for your final year of study..
thanks a lot and good luck to u too..for everything that is waiting for u in the next chapter of ur life :)
all the best too kakak :)
emy,
thanks dear!