بسم الله الرحمن الرحيم
keputusan peperiksaan keluar hari jumaat lepas.alhamdulillah.rezeki nikmat Allah beri tak pernah putus untuk hambaNya yang selalu leka dan alpa ini.
empat tahun berjuang mendapat segulung ijazah (walaupun ijazahnya tak dapat lagi).penuh suka duka nangis tawa.tapi sekalipun tak pernah berjaya mendapat anugerah dekan untuk mak abah.maaf sudah dipohon awal-awal lagi.untung nasib abah faham anaknya yang seorang ini jika usaha lebih sedikit dengan sedikit ketekunan pasti berjaya.tiada ijazah kelas pertama tapi hanya kelas kedua yang mampu jadi hadiah dari angah.niat dihati ingin buat kek dan poskan ke UiTM sebagai tanda terima kasih tapi masih ditangguh lagi hajat itu.insyAllah satu hari nanti.tahniah buat rakan-rakan lain.satu bintang ke dua bintang sudah rezeki masing-masing yang mana pastu setimpal dengan usahanya kan?sudah saya katakan dulu Allah itu Maha Adil.
jika ingin saya tulis kisah pahit manis empat tahun saya pasti panjang berjela.cukup saya ucapkan terima kasih kepada Mak Abah Alang Adik Along.mereka tonggak jiwa raga saya.mak cik-mak cik saya yang sentiasa beri nasihat dan kata-kata semangat.kawan-kawan wondergirls saya.mereka jauh tapi mereka penyeri hati tika saya kedukaan.kawan-kawan seuniversiti saya.teman sebilik saya dari empat tahun dulu yang dah muak agaknya tengok muka saya.dah menyampah dengan bunyi jam loceng saya.terima kasih banyak-banyak hanah.tak perlulah nak tag di facebook sebab terang-terang aku tau itu bukan cara kau.disebabkan aku bukan pandai nak cakap depan-depan jadi dalam blog ini lah aku nak minta maaf halal makan minum duit semua.aku tak tau lah kau baca ke tak tapi aku harap kau baca lah bila-bila.sepuluh tahun lagi pun tak apa.lima tahun lama jugaklah kau bersabar dengan aku.gaduh tu benda biasa.jarang juga aku dapat sabar dengan orang lain tapi nak buat macamana dah tersabar.dan entry ini bertukar kata ganti diri sebab aku memang tak pernah cakap perkataan lain bila aku dengan kau kan?aku doakan kau dapat hospital pilihan kedua kau.haha.agak-agak kau nak tukar status nanti bolehlah beritahu aku.senang aku nak minta cuti ke nak fikir hadiah ke.nak tulis panjang-panjang pun buat apa.minggu depan nak jumpa kau lagi insyAllah.
hajat nak tulis pasal kawan-kawan serumah ke sebilik sepanjang empat tahun ini tapi itu nanti post baru lah.panjang sangat pula jadinya.lagipun nak siap-siap balik kampung lagi bagus sebelum kena sound dengan abah.nantilah malam tulis lagi dua post.jika rajin.
jaga diri baik-baik
Comments
again...GRATS!!!! :DDDDD
*jealousssss sy masih di bangku sekolah sobsobsob*
and...pls dpt HTJ pls..pls..pls!!!!! :DDD
thanks again :D
yaaa tgh berangan nk kerja kt HTJ ni.my father siap tny baju cukup x nak kerja haha.semangat.dont worry few more years je tgl kan?
aan:
thanks an..tgh tgu offer from kementerian.kena serve for govt 4 years dulu hehe