Friday, September 2, 2011

Syawal 1432H



بسم الله الرحمن الرحيم

masih belum terlewat rasanya hendak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki segala salah silap terkasar bahasa terguris jiwa.

bagaimana Syawal anda?
sudah lupa pada Ramadhan?

alhamdulillah Syawal yang ke-22 disambut seperti biasa.tiada yang istimewa.masih diberi kesederhanaan dalam hidup untuk punyai baju baru,kasut baru.tidak ada seistimewa baju RM200/meter.tidak ada semahal kasut Jimmy Choo RM2530/pasang.bersyukur apa yang ada.membeli ikut kemampuan.

diuji dengan cirit-birit sejak tengahari raya ke-2 sehingga pagi raya ke-3.adalah tu hikmahnya.sekurang-kurangnya dapat juga beringat-ingat ketika makan.

alhamdulillah minor surgery yang lepas tidak menimbulkan sebarang komplikasi.biarlah kesakitan dan ketidak selesaan itu saya diamkan.tulis pun bukan boleh orang lain rasa kan?

hari ini kami beradik sepakat untuk buat majlis makan-makan.alang-alang sudah raya bolehlah jemput kawan-kawan datang makan.tiada gambar untuk hari ini kerana terlalu sibuk ke sana ke mari.

tapi ada gambar raya kami;


terima kasih kawan-kawan yang datang.dah macam kenduri kahwin pula lah kan.tak apa jangan serik nanti ada permintaan akan dibuat lagi lah makan-makan ini.

esok nak ke rumah sepupu-sepupu pakcik makcik saudara pula.bagi yang akan memandu pulang berhati-hati dijalan raya.ingat,jalan raya bukan tempat berlumba.jangan nak bawak kereta macam pelesit.

take care kawan-kawan.
selamat hari raya


0 comments:

 
template by suckmylolly.com