amaran:entri ini pasti mengandungi unsur-unsur ketidakpuasanhati dan melempiaskan amarah.sila jangan cuba-cuba baca jika anda tidak berminat.kerana.ini blog saya.
saya tak tahu di mana silap saya.apa dosa saya pada masa lampau sehingga akhirnya saya terpaksa bertemu dengan orang-orang sebegini.yang tak pernah belajar menghargai orang lain.yang tak tahu menghormati perasaan orang lain.nak kata buta celik pula.nak kata tuli mendengar pula.nak kata kurang pandai belajar tinggi melangit rupanya.ini orang yang tak belajar dari kesilapan.
untuk ubati luka hati yang berdarah kembali saya fikrikan secara positif dan berani bahawa dua kali peristiwa ini terjadi maka Allah mengajar saya erti sabar.Allah tunjukkan saya siapa mereka sebenar.Allah uji saya sebegini agar saya lebih berhati-hati.seringkala saya mungkin bukan kamu menyesali apa yang diungkapi atau yang ditulistapi pepatah sendiri kata "terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa" tapi dalam konteks situasi sekarang tak adalah binasa cuma terseksa.
menjelaskan Allah Maha Adil itu dalam beberapa peristiwa lewat ini.ketika saya bersedih tertinggal kamera di rumah sebelum ke jerantut Allah hadiahkan berita gembira adik saya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Alhamdulillah.itu dalam duka datangnya suka.tapi langit tidak selalu cerah bak kata Hijjaz.ketika saya bergembira bersama rakan suka riang tertawa dihadiahkan pula dengan berita yang kurang enak didengar sekaligus merosakkan hari indah saya.melukakan hati yang masih tercalar lagi.dan itulah ujian.bukan gaya saya marah berapi-api menghempas pintu dan maki-maki.saya terasa dan marah itu dalam hati mungkin sedikit suci.cukuplah komunikasi bukan verbal saya menunjukkan semuanya.dan saya rasa mereka masih tidak faham cubaan komunikasi saya.berlagak seolah-olah saya patung yang tidak berperasaan bukan cara terbaik.apa ingat masuk telinga kanan masuk telinga kiri?maaf.dalam hal sebegini masuk telinga kanan saya pasti akan singgah dihati untuk beberapa hari mungkin beberapa minggu dan tak mustahil beberapa bulan untuk keluar ke telinga kiri.dan keluarnya itu akan berbekas bukan kembali seperti dulu.
dan kini saya digemparkan lagi dengan berita kerosakan telefon bimbit saya yang satu itu.salah itu telefon bimbit milik adik bukan saya.dan sekarang saya yang hidup dengan satu telefon terpaksa berlagak cool walaupun dalam hati sudah tak keruan.ingin beli telefon baru niat hendak tunggu iphone lima.tauke balak pun bankrap kalau beli telefon sekarang nanti beli lagi telefon.tengoklah apa nak jadi balik nanti.dan saya telah beberapa purnama memikirkan kereta yang hendak dibeli bila sudah kerja nanti.dan akhir-akhir ini seperti honda insight dalam perhatian.apa kata anda?
Comments