Friday, April 24, 2009

MKT 420


alhamdulillah hari ini kursus berkod MKT 420 selesai diambil dan dijawab dengan sesuka hatinya.harap apa yang ditulis tadi betul dan ada kaitan dengan soalan.memandangkan ini paper first untuk final examination april 2009 jadi semangat untuk mengambil exam sungguh berkobar-kobar tapi hakikatnya aku SANGAT sedih ketika menjawab kertas soalan tadi.hampir aku menangis kerana aku rasa aku sepatutnya boleh jawab dengan lebih baik tapi sebab terlalu bergantung kepada tips-tips yang disebarkan aku abaikan soalan-soalan ujian terdahulu.aku marah.kecewa.sedih terhadap diri sendiri.kalau kamu faham aku maka kamu mengerti apa yang aku rasa.tak mungkin akan aku menangis depan kamu kerana aku tahu air mata darah sekalipun tak akan dapat mengembalikan kertas jawapan aku.tak mengapa.PHR 473 menanti aku lusa.

itu aku.bagaimana dengan kamu?

akhir-akhir ini aku diserang "charlie".siapa tidak tahu binatang apa itu?berwarna hijau dan kadang-kala sedikit hitam.walaupun belum menggigit tapi jika binatang itu lalu sahaja sudah meninggalkan kesan merah.hasilnya kulit aku gatal sana gatal sini.banyak sungguh dekat lampu malam-malam.tolonglah beri aku cara untuk elakkan binatang ini.habis badan aku bengkak nanti dan bertambahlah parutan-parutan yang tak diundang nanti.

kepada sahabat-sahabat aku.sila ambil tahu yang aku sudah lama meminati dunia puisi.aku suka menulis bila perlu.tapi hasilnya tak perlu aku beritahu kepada kamu.bila aku mula menjadi seorang blogger aku terjumpa blog kak fynn
aku sangat sayangkan bait-bait kata yang indah dan aku bermimpi untuk menghasilkan sebuah puisi yang hebat satu hari nanti.cara terbaik luahkan perasaan dalam diri adalah melalui puisi.carilah coretan-coretan puisi aku.kau pasti faham apa yang aku rasai.aku sepah-sepahkan karutan aku untuk hiburkan hati sendiri.selamat mencari dan memahami aku.

dan yang pasti semakin hari aku semakin tak memahami.bilalah aku mahu kuat dan bercakap terus-terang dengan kamu?kamu buat aku keliru.okay.tak sepatutnya keliru sebab hakikat sangat nyata.

i love you!

3 comments:

fynn jamal said...

tegur bila jumpa.
ok?

:)

fynn jamal said...

tegur bila jumpa.
ok?

:)

izzati said...

kak fynn,
insyAllah kakak..:D

 
template by suckmylolly.com