pejam celik pejam celik hari ini sudah hari jumaat dan esok sabtu.saya suka hujung minggu yang tak ada apa-apa komitmen.tapi pasti harus belajar untuk test nanoparticles minggu depan.saya mahu baiki markah presentation yang sungguh mengecewakan itu.bak kata AimiShazana harus berusaha gigih dan score dalam test dia.dan yang lebih menakutkan ialah peperiksaan akhir semester yang semakin dekat.jadual belajar dan perjalanan pulang ke rumah harus diselesaikan dengan segera agar semuanya lebih teratur.dan masa juga haru dimanfaatkan dengan sebaiknya.saya kena kurangkan tidur dan lawan perasaan mengantuk dan malas.
bercakap mengenai ujian-ujian dan assignment saya malam tadi.assignment marketing berjaya saya siapkan tepat jam 4 pagi.saya tidak habis menelaah untuk ujian mandarin dan chemotherapeutic drugs tadi.sangat sedih tapi ini kali pertama saya mengambil ujian dan rasa sungguh tak-tahu-apa-apa.tengok soalan terus tak boleh jawab.ini adalah pengajaran terbesar untuk saya.jangan ulang lagi kesilapan ini semasa final exam.boleh gila nanti dibuatnya.
sebenarnya apa tujuan saya mempunyai blog?tiba-tiba terfikir.buat masa ini saya rasa blog sangat seronok tempat saya luahkan apa yang saya rasa.bukan mahu minta simpati atau bangga diri tapi hanya sekadar medium untuk saya berkata kepada diri sendiri.saya takut seandainya satu hari nanti saya ditakdirkan lupa peristiwa-peristiwa yang berlaku hari ini,saya masih ada coretan diblog ini yang manis untuk dikenang.tapi kalau anda rasa saya patut berhenti menulis blog beritahulah mungkin saya tak sesuai menjadi seorang blogger lagi.
akhir-akhir ini saya menonton dan berlakon dalam beberapa drama.penat rupanya berlakon ini.dan tanpa saya sedari skrip-skrip drama ini memberi sedikit impak kepada saya.abaikan sama ada ia positif atau negatif tapi tetap terkesan dihati kecil ini.saya rasa bersyukur kelas semakin ke penghujungnya.tak perlu saya terus lagi berlakon dalam drama-drama ini dan terusan menipu diri sendiri.saya doakan pelakon-pelakon utama drama-drama ini bahagia selalu.anda tak akan pernah merasa seperti apa yang anda katakan.melontarkan kata-kata itu mudah tapi untuk menelannya amat pahit.mahu saya cuba kepada anda?
beberapa perkataan menyedarkan saya realiti hidup sebenar.tapi bukan semudah itu untuk saya melakukannya.saya perlu masa dan saya harap masa yang ada cukup untuk saya hadapi kenyataan ini.saya tahu mahu cari siapa kalau sudah tak mampu untuk menghadapi ini semua lagi.saya ingat awak faham tapi rasanya awak tak faham atau awak buat-buat tak faham.tak apalah.
sekarang mereka dah tak ada.:((
kalau boleh saya mahu bela binatang lagi.
tapi....
Comments
kite pon ade gak..
nama die boboy..
tapi sekarang hamster tu kawan mak saya yang bela..sedey :(
mesti comel hamster awak..boboy besar x?