Skip to main content

double cheeseburger


ahha..lamanya tak menulis
dah seminggu bertarung dengan nota-nota
juga dengan assigment2 yang tak siap2 lagi

hari ini ada jemputan ke open house
ada sesiapa yang ingin menjemput lagi untuk hari ahad atau minggu depan?masih tertunggu-tunggu juga ni

test2 minggu lepas memang selamat dibincangkan bersama kawan2
seronoknya kalau final exam pun boleh buat macam tu
tapi apakan daya.nama pun peperiksaan

shah alam memang musim hujan petang sekarang
semalam habis basah bilik dengan ruang tamu
adoi.kene tutup tingkap lah sebelum keluar rumah waktu petang

dah seminggu kene serangan kecil gastrik
adakah perut ni dah tak boleh terima makanan pedas langsung?
katakanlah tidak.apa rasa makanan kalau tak pedas
owh ya,adakah sebenarnya susu sesuai diminum apabila kene gastrik?kenapa semua orang suruh minum susu?

tekak semakin pedih.hidung mula berair.
adakah ini tanda-tanda yang suhu badan akan meningkat dalam beberapa hari in?huhu.
sistem pertahanan badan tolonglah berfungsi
bunuhlah semua pendatang tanpa izin ini

pagi ini sarapan dengan double chee
seburger malam tadi
mengantuk punya pasal semua plan habis tunggang-langgang



siapkan pathology.ctu.
later~~

m310254
0951




Comments

jaja said…
g check doc r bet sal gastrik ko tuh
izzati said…
alah ja..

aku bknnye rajin sgt nk jmp doc bnd2 mcm ni..

skt kejap lps 10 min hilang..tp mgu ni agak kronik skit ah..huhu..

aku tgu ko jd doc dlu ah ja..hehe
berus jamban said…
ish silap la klu ko tggu jaja jadi doctor.....

makin kronik perut ko jadi nye muahahaha
izzati said…
haha..

mengamuk la jaja lagi skali ni..haha

Popular posts from this blog

MyAspire

okay sekarang komputer kesayangan ini cedera skrin dia dah pecah tunggu masa je nak patah adakah ini petanda sudah tiba masa untuk menukar komputer harap-harap lah dia mampu bertahan untuk beberapa bulan lagi kalau tak semua kerja susah nanti takkan hendak menumpang komputer orang pula mungkin jika blog ini tidak diupdate tandanya komputer sudah padam lah ye jika yahoo messenger juga sudah lama tak online maknanya komputer ini sudah gagal berfungsi keinginan baru sekarang hendak memiliki Nikon D40 atau Canon SLR cemburu sungguh melihat rakan-rakan lain mengambil gambar dengan cantik dan unik bila lah akan tercapai cita-cita minggu ini mungkin kali terakhir berhari raya selepas ini harus kuatkan semangat untuk belajar kertas pertama CTU553 khamis depan doakan kejayaan kami ya! aku rindukan rumah,emak,abah,adik,alang dan semua aku tak mampu hendak pulang ikutkan hati nak balik tapi nanti penat wish i could drive a car right now and go back to my house cepatlah habis peperiksaan nak pe

novel novel novel

hello hello as i promised before i'm gonna post list of novels that i want to let go.in case if anyone interested to keep the novels just text me or leave me a comment or send me a Facebook message.please take note that i only have a copy of each novel and it depends on availability.take a look at the list. thank you.love you. updated 2140 am 191210 Damya Hanna Ilham Hati Rela Ku Menanti Senafas Rindu Liana Afiera Malik Dah Kata Daaah! Mimie Afinie Masih Ada Rindu Aleya Aneesa Semusim Rindu Kasih Antara Kita Ayu Emelda Lagu Rindu Kasih Dania Hasreeyati Ramli Demi Kasih Ini Dia Dihati Laman Rindu Liza Zahira Cinta Rahsia Bahtera Kasih Sri Diah Mahligai Cinta Janji Kasih Eka Fahara Kabus Kasih Nilai Cintamu Sharifah Abu Salem Biar Rindu Berlalu

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi