Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

NPSC 2009

hey friends. today is the day.National Pharmacy Sports Carnival 2009. ramai orang but unfortunately aku harus menyelesaikan sijil-sijil untuk diberi. maka aku tidak berpeluang menonton apatah lagi memberi sorakan kepada teman-teman yang bertanding.tapi jangan risau aku telah doakan kejayaan kamu semua.dan hasilnya,UiTM berjaya menjadi johan keseluruhan untuk NPSC 2009. tahniah kepada kamu semua! dan hari ini ialah 31 haribulan sempat lagi kami ke kedai aiskrim.walaupun memang sangat penat. aku juga gembira kerana berjaya menjual walaupun tidak semua tetapi hampir separuh daripada 'buttons' ciptaan kami.thanks to all buyers. esok sudah hari ahad. isnin kelas akan bermula.owh,semuanya akan kembali seperti biasa. yes,back to normal.like a few weeks before. and nothing changed of course. i've to get used to it. nite-nite everybody.

one fine day

selamat malam hari ini aku habiskan masa di UiTM semua orang sibuk dengan NPSC yes,esok ada National Pharmacy Sports Carnival marilah beramai-ramai kita ke Kompleks Sukan UiTM as i said before the more the merrier. dan jangan lupa dapatkan edisi terhad 'badge' pharmacy hanya dijual esok dan kuantiti sangat terhad malangnya aku sungguh malas ingin 'upload' gambar badges tersebut cari sahaja di Kompleks Sukan itu.haha baru merancang ingin ke puncak perdana petang tadi tapi tak kesampaian kerana masa sungguh tidak mengizinkan mungkin lain kali.ada masa kita bertemu juga. jumpa esok my friends!

puisi tak bernada

dalam komuter tadi aku telah menulis beberapa ayat ketika aku punyai idea walaupun tak sehebat mana tapi didorong perasaan aku yang berkecamuk aku rasa tak salah kalau aku lakarkan disini juga dan maaf aku tak sanggup letak lagi selamat malam!

Ain't Got You

heyya.alhamdulillah just reached shah alam its raining heavily and i have to stand up like one and the half hour in the train with my backpack so heavy.it looks like i've put thousands of stuffs inside. owh,maybe yes. my dear fionabee telah mentag saya sekali lagi..here it goes... 1. Do you think you're hot? of course not..x sesuai langsung soalan itu.haha 2.Upload your favou rite picture of you 3.Why do you like that pict ure? haha.i like the angle of the picture.for me,its unique besides,i love sabah! 4.When was the last time you ate pizza? adakah instant pizza dikira?jika ya the answer will be this morning. 5.The last song you listened to? Rindu by Saiful 6.What are you doing right now besides this? thinking and planning 7.What name would you prefer besides yours? i love my name,Izzati but Betty also fine. 8.Rules: 1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle. 2. For each question, press the next button to get your answer. 3. You must write that song name down N...

The Moment of Truth

im watching this game show right now its really like questioning everything about you no matter its personal or not but sometimes the question sounds funny but still realistic just cant imagine the faces of her family member down there every time she answered the questions im spending a few more minutes at home.alone. wake up late.eat pizzas.pack up my things.ironing. normal things to be done before going back. uh.till when i've to do all these things. yesterday people keep asking bila test Prof.Zaki? unfortunately,Prof didnt tell me anything about it but dont worry i'll ask him to postpone the test besides,prof.zaki and prof.weber haven't finish their syllabus yet my friends, come to our National Pharmacy Sports Carnival on saturday at Kompleks Sukan UiTM the more the merrier!

Balqis

cik balqis, Happy Birthday! semoga panjang umur dan murah rezeki

4 years

i forgot to celebrate 4 years im in love with my braces haha.so today its already 4 years and 8 days. and thats my 34th appointment owh my dear teeth! i hope i can remove this braces before i graduate or else its going to be 6 years.wow. today full with activities until i get confused till the end of the day from morning stuck in traffic jam although i only want to go to tampin so walk to the bank and pharmacy and finally to the optometrist esok aku akan pulang ke shah alam aku tak mahu bergegas-gegas pulang hari jumaat nanti besides,i have to settle that stuffs tomorrow kalau dia tak dapat siapkan memang nak kena lah haha.kerja-kerja aku semua tak siap lagi. ini memang betul-betul cuti. tak apalah asalkan aku gembira.walaupun sekejap. dan sekarang aku bingung.

im home!

yes,yes alhamdulillah,semalam aku selamat sampai di rumah.setelah 45 minit berdiri dalam komuter.nasib baik ke seremban aku dapat duduk.kalau tak mesti kaki dah lenguh.yang penting selepas sampai seremban kami pergi meramaikan manusia di Seremban 2.memang tengah jualan murah sekarang.aku berjaya mendapatkan beberapa barang yang memang hendak dibeli sejak dulu.cuma kekangan masa dan kewangan membuatkan hasrat aku terbantut.dan aku berjaya mengajak mereka makan di restoran kegemaran kami.jimat duit lagi.hehe bila di rumah seperti biasa aku akan mengalami kesukaran menjawab soalan bila hendak pulang ke shah alam.aduhai. nanti-nanti sahaja aku fikirkan bila hendak pulang. aku yakin komuter akan sentiasa ada menunggu aku untuk ke shah alam.haha. i told you once dont make me fall in love with you cause it'll be hard for me.and easy for you. but what can i do?what have you done? and now im suffering from it you can't see from my eyes but i can see from my heart wish i have power to er...

heyya,its Monday!

finally today is monday,my friends! im going back home spending my CNY break with family although it is the short one this time but still have to appreciate it need to do a lot of thing sebenarnya but this is my holiday so i'll take a few days break and as i plan before i only have one day at home,Tuesday on wednesday i have my dentist appointment and if im not going back on Thursday then i'll have another day to lepak or else i've to pack up my things and off to shah alam i've sorted out the medals for NPSC just hoping the printing processes for the certificates will run smoothly owh,rehearsal on friday! please let me know the time so i can plan my journey then during the previous election Edyham gave us a few bookmarks and i love the quotes at the back of it one of them which i like is "Jangan abaikan permintaan orang,kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan" next time i'll find another bookmark and put the quotes here!

a great Sunday

hari ini aku ke klang the complicated klang.haha at first i we thought the map looks so simple but unfortunately its not as simple as that.we have to call Kak Siti 2 times before we finally found the correct madrasah thanks to Kak Siti although we never meet each other while waiting for others,kami pun lepak-lepak di Old Town White Coffee di tengah-tengah jalan kapar itu terselit sebuah kopitiam seronok sungguh kami kerana jika tidak kami terpaksa pergi jauh untuk mencari sarapan.carefour pula pasti belum buka lagi jam 8 pagi. pukul 9.20 kami kembali ke madrasah semula. kalau tak salah namanya Darul Uloom Blossom Garden. beberapa orang sukarelawan MERCY yang lain telah tiba di sana disebabkan ini misi pertama kami,maka kami tidak begitu tahu apa yang patut dilakukan.nasib baik dr.dayana membuat "briefing" terlebih dahulu dan rupanya kawasan itu ialah kawasan "refugees" dari Myanmar dan mereka berdaftar dibawah UNHCR seperti didalam surat,tugas sebagai pendaftar tida...

bila aku sudah lapar

aku sungguh lapar sekarang bukan minggu ini ialah minggu kelaparan sentiasa sahaja lapar nak kata tak baca doa sebelum makan tak pula kenapalah kedai mamak tak ada delivery dekat dapur pun dah tak ada benda untuk di makan maggi? owh,sedang cuba dielakkan ada juga aku pergi sambung tidur lagi nanti ini sekurang-kurangnya tak perlu fikir pasal lapar lagi kamu tak mahu buat delivery ke rumah aku ke? haha.kalau ada yang sudi sila beritahu ya!

kuaile

hari ini jumaat dan aku gembira sejak malam tadi sungguh seronok hari ini cuma yang menyedihkan mengenai kelas mandarin yang akan ditukar kepada jam 1030 mulai minggu depan aku ingin kelas bermula awal supaya tidak perlu tergesa-gesa mencari tempat untuk makan tengahari tapi kami hanya golongan minoriti sahaja terpaksa terima sahaja keputusan mereka kami ke Uptown Shah Alam sebentar tadi pertama kali ke sana pada waktu malam orang yang ramai.parking yang penuh.kereta yang banyak apa yang mereka lakukan ramai-ramai di situ aku pun tak tahu letih juga berjalan keliling bangunan itu sedar-sedar sudah hampir 2 jam kami di sana maka kaki harus melangkah pergi sebab sudah lewat aku teringin hendak makan aiskrim maka aku beli aiskrim kon tapi tiba-tiba aku rasa pelik tak tahulah aiskrim dia yang tak sedap atau aku memang tak mahu aiskrim sebenarnya dan dengan sedihnya aku terpaksa buang aiskrim itu aku tahu ramai lagi yang tak bernasib baik untuk makan aiskrim seperti aku tapi aku terpaksa se...

esok Jumaat

esok saya ada kuiz mandarin tapi malam ini saya menonton Wild Child nasib baik cerita itu seronok kalau tidak membazir sahaja 1 jam setengah hari ini buat eksperimen surfactant malangnya kami kena buli dengan kanak-kanak lelaki di kelas mereka buat eksperimen yang senang dan kami kena buat yang susah dan leceh dan lama sampai hati kamu semua.sudahlah tak tunggu kami pula tu. lepas ini buat lab report sendiri ye.kami bagi data sahaja. owh ya. cik fionabee , saya telah addicted terhadap lagu Ada Masa itu! sebenarnya suka-suka sahaja download tapi selepas dengar lama-lama memang benar lagu itu sungguh best!! dari semalam ulang pun tak bosan juga terima kasih kerana memperkenalkan lagu itu ya kebanyakan kawan-kawan saya akan pulang ke rumah esok dan saya tinggal lagi di sini sehingga Isnin menghabiskan cuti di shah alam.haha perancangan yang baik dan cemerlang selamat bercuti semua!

raining

its raining heavily outside heavily. and everything seems like turning into black and dark owh,poor people at pasar malam it must be difficult for them to finish their goods and it looks like every evening the rain will fall i thought only yesterday it'll rain and somehow i think its good when you feel sad and its raining i feel like somebody else is crying together with me i witnessed an accident just now a small accident between a motorcycle and a car before i perform my Asar prayer i heard something down there in UiTM Alhamdulillah,luckily the motorcyclist doesnt injured as he can walk after that but please people who ride a motorcycle be more careful especially when its raining car drivers usually can't see you clearly another task for this semester and my weekend until april already full with activities now im homesick i want to eat my mother's homecooking i want to eat mak ngah's tomyam i want to eat ayam bakar with kicap i want to drink teh o at wan's house i...

yesterday

aku keliru dengan semalam apa yang dah berlaku? semuanya dalam sekelip mata sampai akhirnya aku rasa aku gila thanks jaja again for benda-benda merapu thanks wawa for the letter thanks to you for everything kadang-kadang sesuatu perkara memaksa kita mengubahnya daripada terus tersepit di tengah-tengah keterpaksaan lepaskan sahaja agar semua gembira jangan bohongi diri sendiri bahaya nanti selamat hari lahir Soraya Rezuan maaf kami tak turun bawah meraikan hari jadi kamu semalam terlalu penat sehinggakan semua tertidur semoga kamu bahagia dan ceria sentiasa dan terima kasih Uncle JPA kerana memasukkan wang poket kami pagi ini berbunga sungguh hati ini tak perlu risau mengenai duit lagi harus mulakan pengurusan kewangan dengan baik sekarang dan bayar kembali wang-wang yang telah dipinjam selamat ke kelas semua!

thank you jaja!

i chat with jaja last night thank you friend for being there and hear all my stupid problems and all your ideas and supports to me how i wish you are here and we can talk for the whole night never mind we'll wait till you come back to malaysia class today was great how i can survive in Prof.Weber's class.haha tapi marketing class cancel pula hari ini baru semangat hendak belajar chapter 4 esok masih ada, mungkin. finally,kami ke RGV study beberapa helai nota Surfactant di sana ke pejabat menguruskan kelas ganti Prof.Zaki akhirnya terlena seketika di sofa empuk RGV RGV ini dah menjadi rumah kedua kami sejak peperiksaan akhir lalu kerusi-kerusi dan meja-meja itu telah menjadi saksi air mata yang mengalir, menjadi tempat kami melelapkan mata tempat kami bergelak tawa dan tempat kami menghabiskan masa sungguh sayang kami pada RGV malam ini harus habiskan belajar azam kali ini continuous assessment mark harus cemerlang mari-mari kita belajar sama-sama! jaja pun kena study untuk tuto...

selamat pagi

pagi isnin 19 Januari 2009 selamat pagi semua! semoga hari kamu semua ceria selalu dan dipenuhi dengan perkara-perkara indah bagaimana dengan kelas Chemotherapeutic Drug dan Practice and Principles of Marketing hari ini ya? semoga tidak mengantuk mampukah gencatan senjata menghentikan kekejaman Israel?

hungry and tired

alhamdulillah tugasan pertama hari ini berjaya dilaksanakan dengan lancar thanks to all buyers and friends yang kena paksa beli,kena tolong potong-potong,kena tolong jual sekali. thanks a lot.without u guys mesti tak habis jual semua benda malam tadi. hanya Allah yang akan membalas jasa kamu semua esok kena bangun awal ada Induction Day for SOPHYS tapi malangnya tugasan dan nota masih menanti harap-harap mata ini masih mampu bertahan sudahlah perut lapar pula harap ada benda untuk dimakan sebentar lagi atau ada sesiapa mahu belanja makan roti canai? dan kamu tak tahu lah berapa kali saya hendak cakap saya berusaha tapi kamu tak mahu kamu tetap berkeras saya tak tahu hendak cakap apa lagi semuanya bergantung kepada kamu saya akan tetap ada disini.

haha.the blog readability test

i found something at fionabee's blog .. sounds interesting, The Blog Readability test.. but the result is funny kelakar juga komputer ni heyya, come and join us at Dataran Cendekia tonight ada Santai Seni and don't forget to stop at SOPHYS BISTRO and buy my Kek Batik okay!

mengundi

hari ini hari mengundi untuk kami.setelah 5 semester di sini kali ini pertama kali pergi mengundi.seronok juga dapat makan roti tajaan gardenia.tapi air kotak dah habis pula.menyesal pergi lambat-lambat.sepatutnya keputusan pilihanraya diumumkan pukul 5.30 tetapi dia sambung masa mengundi sampai pukul 6.00.alamatnya pukul 6.30 lah baru keputusan diumumkan. malam tadi sangat seronok.i feel like i'm talking to my friends during my old days in MOZAC.although it was just for a night but i know sometimes it's really good when people hear what you feel and you don't have to keep anything to yourself.but still something needs to keep inside your heart or else you'll die.i really need to improve myself when dealing with people.i can't be like this or else i can't do all my tasks.maybe i need your help people out there!! and today full with typing error.whats wrong with me?lucky i don't have to write 1000 words of essays or it will full with correction liquid.i try t...

normal

hari ini hari lahir farhan.selamat hari tua! hadiah yang dijanjikan tahun lepas kena tunggu tangguhkan dulu. tunggu sahaja kemunculannya nanti. minggu ini sangat sibuk.aku harap minggu depan semua akan kembali normal.aku penat kalau terus begini.semuanya harus disiapkan.banyak kerja yang datang tiba-tiba.kerja yang ada pun masih tak selesai lagi.aku perlukan kekuatan. aku rasa orang rumah atas ini sungguh seronok bermain game sehingga kesan bunyi mereka boleh dengar sampai bawah.aku tak ada mood malam ini.semua orang keluar makanlah,keluar jalan-jalanlah.aku duduk rumah,tengok the parent trap dan sekarang menulis di blog ini.malam yang penat dan agak memeningkan. seharusnya aku study malam ini.tapi aku rasa biarlah niat murni itu aku laksanakan pagi esok memandangkan kelas pukul 10.30.biar aku dapatkan tidur yang cukup dahulu untuk kelas pharmaceutical analysis esok pagi. sentiasa ada konflik yang berlaku sehari-hari.i wish i don't have to face all these conflicts.'cause it...

Pilihanraya Kampus 2009/2010

rakan-rakan, mari sama-sama kita keluar mengundi Khamis, 15 Januari 2009 kita meriahkan pilihanraya fakulti kita lebih seronok jika anda semua mengundi calon kami, ZAHIRAH BINTI ZAHARUDDIN calon tunggal siswi fakulti farmasi marilah mari pergi mengundi tunaikan kewajipan pada fakulti

today is the day

alhamdulillah, finally zah berjaya bertanding dalam pilihanraya MPP 2009/2010 i believe we can do our best dalam proses berkempen supaya zah berjaya memenangi pilihanraya ini this is the first time our faculty ada pilihanraya its going to be fun and interesting hopefully hari ini bukanlah hari yang seronok sebenarnya sangat tidak seronok sangat tidak gembira sangat tidak bersemangat puas hati? tidur lambat malam tadi dikejutkan dengan pesanan-pesanan ringkas dari Maxis pada pukul 5 pagi menambahkan lagi KESERONOKAN hari ini nasib baik pagi tadi kelas mandarin dibatalkan kalau tidak pasti aku mengantuk sungguh puas hati? aku ada prinsip baru tahun 2009 ini aku ada janji-janji pada diri sendiri aku tak akan sewenang-wenang merobek prinsip-prinsip itu aku tak nak menyakitkan hati sesiapa lagi secara langsung atau tidak langsung jadi tolong jangan cuba paksa aku mungkir janji-janji itu aku mohon tolong jangan buat begitu aku harap anda faham tapi tak mungkin anda baca lagi tulisan aku disi...

tired and penat

hari ini kami ke bangi kopitiam untuk lepak-lepak menu banyak tapi sebab masih pagi jadi tak semua makanan ada boleh tahan juga makanan dia kemudian kami berjalan-jalan ke puncak alam walaupun sebenarnya tak tahu hendak ikut jalan mana redah sahaja lah lagipun petang tak ada kelas akhirnya dalam masa 30 minit kami sampai ke sana malangnya pengawal tak bagi kami masuk jadi kami pun berpatah balik ke shah alam hari yang indah a few works and assignments to do still in the holiday mood and trapped in traffic jams everyday make me confius about everything too many cars? too many people? what else? esok ada satu kelas menanti tapi masih kena bangun awal dan ke kelas awal aku kasihankan saudara-saudara kita di palestin kita doakan mereka dilindungi Allah sentiasa supaya askar-askar Israel itu menghentikan serangan mereka kita disini, bersyukurlah!

selamatkan Palestin

Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkanMu di batang-batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan-persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka, Wahai Tuhan yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan yang Bersifat Murka. Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang menggerakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka, dan menangkan kami ke atas mereka. ...AMIN YA RABBAL A'LAMIN...

kecelaruan emosi

mungkin aku penat.atau aku sedih.atau hanya mainan emosi aku semata-mata.rasa seperti hendak menangis tapi air mata aku tak keluar.aku tahu itu namanya sebak. tak mungkin aku penat sebab kelas sangat tak sibuk. aku tahu aku sedikit sedih dan mungkin kecewa tapi aku harus menangani dengan bijak.emosi ini tak seharusnya menganggu aku menjalankan tugas.banyak lagi tanggungjawab menanti. kalau aku ada teman yang akan mendengar semua cerita-cerita aku berulang-ulang kali tanpa jemu,bahagianya hidup ini. yang akan setia dengan aku tanpa perlu aku ragui. yang akan memegang semua janji tanpa perlu aku ingati. yang tak akan aku tangisi kalau dia pergi. aku inginkan teman seperti kamu. aku harap esok aku menjadi lebih baik. tanpa perlu berperasaan seperti ini lagi. aku penat kalau terusan begini.

selamat tengahari

hari ini bermula dengan lambat haha nama pun hujung minggu maka harus digunakan dengan sebaiknya cuaca yang mendung matahari yang berselindung menggalakkan aku untuk terus bermalasan di dalam bilik malam tadi usai menonton The Other Boleyn Girl aku gagal mendapatkan sambungan internet kecewa betul. aku rasa BitComet ini ada masalah aduh.bila mahu habis download macam ini akhirnya aku gagal memikirkan aktiviti hari ini habiskan masa di rumah berjalan-jalan tanpa arah di internet mungkin membaca novel hujung minggu yang menarik sungguh. selamat hujung minggu semua!

owh Jumaat

Ya Allah penatnya hari ini sedangkan kelas hanya lah pagi dan petang maknanya hanya 3 jam sahaja duduk diam hari ini mengapakah? first time meeting for SOPHYS ada tugas besar yang harus dipikul semester ini semoga aku berjaya menjalankan dengan baik insyAllah banyak benda yang harus difikirkan ada juga yang harus dirancang semester yang agak sibuk menanti untuk 13 minggu akan datang i wish someone is here sit beside me and watch the stars together under the moonlight haha. in my dream lah jawabnya! esok sabtu ada sesiapa mahu diteman ke mana-mana? aku masih memikirkan aktiviti esok hari kita tunggu esok malam ini aku tak lapar tapi aku rasa angin dah bermaharajalela dalam perut sampai aku rasa semua benda nak keluar balik lupa pula terima kasih kepada Shah dan Amir kerana belanja makan tengahari kamu berdua sungguh baik hati semoga murah rezeki selalu ya aku mahu hiburkan hati marilah ikut sekali

Azam 2009

berusaha sedaya upaya mendapatkan anugerah dekan untuk semester akan datang menjadi lebih berdisiplin kurangkan bercakap tidak akan tidur dalam kelas tidak menangguhkan tugasan dan kerja yang ada banyakkan membaca khatam Al-Quran pada 15 Ramadhan 1430H menjadi anak dan sahabat yang lebih baik kepada semua orang membuat kerja dengan lebih ikhlas meneruskan azam tahun lalu yang tak tercapai semoga azam-azam ini berjaya dicapai sekurang-kurangnya berusaha semoga anda juga berjaya mencapai impian masing-masing.

pagi 2009

mimpi yang sungguh tak indah nasib baik ada yang menganggu kalau tak pasti lebih mengarut lagi mengapa tak mimpi yang menarik? selamat datang 2009