hari ini jumaat
dan aku gembira sejak malam tadi
sungguh seronok hari ini
cuma yang menyedihkan mengenai kelas mandarin yang akan ditukar kepada jam 1030 mulai minggu depan
aku ingin kelas bermula awal supaya tidak perlu tergesa-gesa mencari tempat untuk makan tengahari
tapi kami hanya golongan minoriti sahaja
terpaksa terima sahaja keputusan mereka
kami ke Uptown Shah Alam sebentar tadi
pertama kali ke sana pada waktu malam
orang yang ramai.parking yang penuh.kereta yang banyak
apa yang mereka lakukan ramai-ramai di situ aku pun tak tahu
letih juga berjalan keliling bangunan itu
sedar-sedar sudah hampir 2 jam kami di sana
maka kaki harus melangkah pergi sebab sudah lewat
aku teringin hendak makan aiskrim
maka aku beli aiskrim kon tapi tiba-tiba aku rasa pelik
tak tahulah aiskrim dia yang tak sedap atau
aku memang tak mahu aiskrim sebenarnya
dan dengan sedihnya aku terpaksa buang aiskrim itu
aku tahu ramai lagi yang tak bernasib baik untuk makan aiskrim seperti aku
tapi aku terpaksa sebelum dia cair dan mengotorkan kawasan sekeliling
atau aku yang akan muntah kembali kalau paksa habiskan aiiskrim itu
maafkan aku!
teman-teman aku kebanyakannya sudah pulang
aku akan nantikan Isnin dengan tabah
Comments