hello people.maaf kerana blog ini agak berhabuk.lama sudah tak post entry baru.pasti alasan sama akan aku berikan.tapi sekarang sudah mula study week.dan jadual belajar aku bermula esok.maka malam ini aku dan amy hendak buat kek batik dan puding caramel.untuk bekalan sepanjang bulan exam mungkin.haha.
banyak benda ingin aku coretkan tapi aku malas ingin menaip.temanya aku fobia hendak naik teksi lagi.mungkin aku akan ceritakan kemudian mengenai peristiwa ini.aku akan mengelak dari naik teksi seorang diri lagi.okay tunggu nanti akan aku detailkan cerita ini.
kemudian aku ditag oleh sahabatku hanum maisarah..
maka aku isi kesempatan ini untuk menjawab soalan-soalannya;
1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
debris of mind kerana coretan-coretan disini hanyalah serpihan-serpihan dari apa yang aku fikirkan seharian.jika dicantumkan semuanya maka jadilah riwayat hidup aku yang penuh duka dan ria ini.
2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
izzatizaki adalah singkatan kepada nama penuhku.okay izzati itu memang nama aku tapi zaki adalah sebahagian daripada nama bapaku.terlalu panjang link ini sekiranya mahu diambil semua.
3. Apakah 'method' dalam penulisan blog anda?
aku menulis berdasarkan pengalaman,pandangan dan peristiwa yang berlaku seharian.dan aku adalah aku ketika aku menulis.jangan bandingkan blog aku dengan blog mereka yang lain kerana sesungguhnya aku menulis atas kata hati dan emosi.kadang-kadang tidak mengikut realiti akal.
4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
pernah juga ketika dulu sebab tak berapa mengerti fungsi blog ini.tapi akhirnya berjaya kekal sehingga sekarang dan inilah tempat aku luahkan rasa hati.
5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Hanum Maisarah,sahabat sekelas saya.walaupun tak berapa mengenali beliau tapi i know she's so cool and a very strong person.baca sahaja blognya untuk mengerti betapa kuatnya dan tabahnya dia.tulisannya mengenai review-review buku sangat berguna dan berilmu.singgahlah ke anumzmikita.blogspot.com.
6. Senaraikan 5 orang yang akan anda tag:
fatin bee
zulfahmi
qeen
mardhiyah
johanna
okay.done with the questions.uhh,my lovely doctor gave me another rubber to wear kat gigi depan.my little center line dah lari so another getah to make it straight back.my mouth dah macam gitar penuh dengan tali-tali.and this time seriusly sakit.bilalah penderitaan ini nak berakhir.nak pergi baca thesis untuk research APPS atas katil dan semoga tak tertidur lah kejap lagi.dan aku tak suka perasaan tercari-cari dan tertunggu-tunggu ini.muncullah segera supaya rasa ini pergi!
take care people.i love you!
Comments
p/s: bekalan kek batik dan puding caramel utk sebulan? Aku kagum!~ hehe...
haha..bekalan untuk satu hari mungkin..mulut2 ni besar2 menanti utk mkn,,haha