semalam sudah selesai membuat kek batik.dan hari ini agak tidak bersemangat untuk belajar dan sungguh tidak produktif.hanya dua nota pharmaceutical analysis dibaca selama satu hari suntuk.aduhai.malam ini harus kerja lebih keras dan berdisiplin.teman yang ingin bertandang ke rumah tidak tahu mahu datang ke tidak.silalah datang kalau mahu makan kek batik dan popia basha yang dibeli di pasar malam tadi.
alhamdulillah malam ini makan kebab tapi kebab ini kurang sedap berbanding yang dahulu.dan popia basah yang nampak sedap tapi sudah kenyang walaupun baru makan satu.memandangkan tidak puas makan tau fu fa di rumah hari itu,tadi telah membeli tau fu fa juga.tak tahulah bila mahu makan pula.
malam tadi kemengantukan yang melanda sangat dahsyat sehingga tidak menyedari apa yang diperkatakan ketika mengangkat telefon.maaflah sangat-sangat kepada sahabat saya yang menjadi mangsa keadaan.sedar-sedar sudah tidak ada orang ditalian.ingatkan sahabat itu marah tapi tidak rasanya.maka tidak perlu susah hati lagi.
selamat belajar kawan-kawan
saya sayang kamu!
Comments
kebab dan popiah basah satu kombinasi yang menarik.
Selamat berhari minggu
terima kasih singgah.malhamdulillah memang sedap makanan itu.tau fu fa juga menarik.
selamat hujung minggu juga!