hujung minggu kembali lagi setelah penuh dengan ujian
dan akan kembali ke rumah walaupun seketika
memandangkan semua orang pulang maka abah pasti tak yakin jika tinggal disini seorang diri.sebelum dibebel lebih baik buat keputusan untuk pulang.
minggu lepas ketika punyai temujanji dengan dr.jasbir,beliau telah memasang satu paltform yang sangat menganggu proses pengunyahan berlaku.siangnya tidak terasa seperti menyusahkna tetapi bila ingin berbuka hendak mengunyah pun susah.sudah seminggu susah hendak mengunyah dan akibatnya semua makanan ditelan seperti bubur dan akhirnya akan sakit perut.itulah risiko yang harus ditanggung bila gigi sudah degil dan tidak mahu bergerak lagi ke belakang.tidak tahu apa yang akan dipasang pula selepas raya nanti.
hari selasa lepas telah dimarahi oleh seorang sahabat.jarang sekali dia berkata begitu walaupun ulangkaji terganggu akibat kata-katanya.sedikit sebanyak bila dia bersuara pasti akan tersentuh juga hati ini.ada tinggalan kesan juga.berdiam sampai ke sahur kerana memikirkan kata-katanya.memang benar.sepanjang 20 minit dia berkata tiada sepatah dapat disangkal.terlalu benar.
lagi sekali disuruh meletakkan diri ditempat orang itu.diam.dipaksa memikirkan keuntungan yang orang lain dapat.kerugian dan kesedihan yang akan datang.masa depan yang tidak pasti dan sampai bila hendak jadi begini.semua soalan itu tidak ada jawapan.gagal pertahankan tindakan sendiri seperti pesalah yang dibicarakan.kalau kamu berada di tempat ini bagaimana?
diri sendiri juga tidak pasti apa akan jadi.pernah dikatakan kepada teman sekolahan dulu bahawa akan terima sahaja apa yang berlaku.sesedih mana.segembira mana.sesakit mana.harus juga ditempuh kerana jalan ini tidak ada pusingan U.sekali melangkah harus terima apa jua cabaran.maka harus kuat dan tabah.maaf dipohon kerana tetap tidak mampu menolak apa yang tidak patut.dan rasanya sahabat juga faham mengapa dan kenapa ini berlaku.
berbual mengenai realiti walaupun pahit ada sedikit senang dihati.kena belajar terima kenyataan dan hadapinya.mungkin dapat membantu bila selalu berkata mengenai realiti.tak tahu bila dapat menulis lagi.harapnya minggu depan ada sedikit ruang.perlu selesaikan apa yang tertangguh dan berbual bersama rakan di internet.selamat berpuasa dan beramal.
Comments