semalam setelah meredah hutan belantara bersama prof weber menggagahkan diri beriadah di petang hari yang hampir-hampir malam juga.setelah berlari yang tak sejauh mana,akibat larian yang memaksa diri mula muncul pagi ini.sakit belakang yang amat sudah lama tak dirasai.kalau pinggang sakit maka bolehlah ditelan panadol pink itu.ini tulang belakang sakit.mungkin thermorub boleh membantu kurangkan kesakitan ini.hopefully.
esok sudah hujung minggu maka kami bercadang ke shah alam mahu menonton rakan bermain futsal.dan ahad ada marathon puncak alam tetapi dengan sakit belakang begini tak rasa mampu untuk berlari.berjalan pun belum tentu boleh jauh-jauh lagi.maka dengan sukarelanya telah memberi nama untuk menjadi pengacara majlis pemantapan wawasan untuk pelajar part 1.rupanya aktiviti ini sampai ke petang.terima sahajalah kesian mereka kena cari orang lain nanti.
assignment pertama sudah berjaya disiapkan pagi tadi.ada banyak lagi assignment yang menanti tapi akan dilakukan perlahan-lahan supaya tidak akan terkejar-kejar nanti.dan kenapa malam ini ada meeting?sudahlah pukul 9.30.ini hujung minggu bukan?sekarang sedang pening samada mahu pulang ke rumah 28hb nanti atau tidak.di sini ada sambutan kemerdekaan tetapi kalau ditangguhkan temujanji gigi ini bila mahu ditunda?pening.pening.
minggu depan ada test drug delivery dan ada banyak kena study.kali ini tidak boleh malas.assessment marks semester ini harus kuat.walaupun macam mustahil hendak dapat anugerah dekan tapi selagi tak usaha tiada siapa tahu.
marilah take a nap seketika.maybe untuk 30 minit.kemudian kita lihat apa boleh buat petang ini.jaga diri semua.kalau memandu hati-hati.
Comments