sahabat,
andai satu hari saya pergi dahulu dan tak sempat pohon maaf dari kamu tolong maafkan saya ya.halalkan segala makan minum saya.jika ada hutang piutang yang belum saya jelaskan mintalah pada kedua ibu bapa saya.kalau ada yang terkecil hati kerana kata-kata saya maka saya minta maaf.sesungguhnya saya juga manusia biasa.
tolong sampaikan kata maaf dari saya kepada sahabat-sahabat kita yang lain juga.kepada para pensyarah juga.dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya.saya tahu Allah sayangkan saya.saya rasa semakin dekat denganNya.tapi saya juga takut akan kematian.hidup penuh dosa.amal tidak sebanyak mana.bagaimana mahu saya hadapi kematian?
saya menghadiri ceramah mengenai amanah pagi tadi dan ustaz berkata antara ciri umat sekarang ialah takutkan kematian tetapi masih tidak meningkatkan ibadah.berkata sahaja pasti tidak cukup.harus disertakan dengan amalan dan perbuatan.mengapa saya masih begini?
saya tidak punyai harta untuk diwasiatkan.cukup sekadar kemaafan dan doa dari teman-teman untuk menemani saya.walau di mana kamu berada,saya pohon maaf ya.andai esok saya berkata kasar dan melukakan hati kamu lagi atau memarahi kamu,saya pohon maaf lagi.semoga kamu ikhlas memaafkan saya.
terima kasih.
Comments