akhirnya aku kembali setelah dua minggu keluar rumah.semalam 6 disember penerbangan dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta selamat mendarat di KLIA-LCCT tepat jam 2320 waktu Malaysia.
maknanya tamat perjalanan aku selama dua minggu.
bermula dengan penyertaan aku dalam program P2LX di kuala kubu baru sehingga aku ke misi akademik fakulti di Pulau Jawa,Indonesia.sangat penat tapi penuh dengan warna-warni.
pastinya ada yang gembira,sedih dan ada juga yang membuatkan aku tertekan.
aku ingin sekali menulis entri yang panjang mengenai perjalanan seharian aku bermula 26hb november yang lalu.
akan aku usahakan supaya aku dapat palitkan sedikit memori aku di sini.nampaknya cuti semester kali ini penuh dengan kenangan.tak mungkin aku lupakan.tak mungkin.
esok hari raya.muka aku gelap kerana dibakar matahari semasa di kuala kubu dan juga di indonesia.lepas ini aku mahu duduk dalam bilik sahaja.kulit juga gatal-gatal.pastinya airlah puncanya.air di indonesia sangat tidak sesuai dengan kulit aku.terseksanya hidup.kerana itu aku rindukan malaysia!
betapa aku risaukan keputusan peperiksaan yang bakal keluar.
sungguh.aku sangat risau.tapi aku tak mampu buat apa-apa.
aku harus belajar terima kenyataan.minggu ini aku di rumah.
minggu depan sekali lagi aku akan pergi selama tiga hari.
percutian bersama keluarga pasti menyeronokkan.aku harap.
orang kata aku boleh tulis apa sahaja di blog ini.
ada banyak benda yang aku ingin tulis tapi aku malas ingin menaip.ada sesiapa yang ingin bantu aku menaip?
owh ya,sepanjang enam hari di indonesia,rata-rata kami sudah boleh berbahasa indonesia.sungguh seronok.
hari ini mereka semua berpuasa.aku tak niat pula puasa malam tadi.naik kereta terus tidur sampai rumah.tak apa sekejap lagi aku tolong mereka buat lemang.mahu makan lemang?marilah datang ke rumah.cubalah kepala lemang.pasti berebut hendak lagi.tapi sesiapa yang ada hypertension sila jangan cuba makan.bimbang anda memerlukan propanolol atau atenolol nanti.
aku ingin kemas apa yang perlu sekarang.nanti aku akan mula menulis perjalanan harian bermula 26 november sehingga 6 disember.maka,aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua pembaca blog ini.aku susun dua puluh jari mohon maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa tersalah kata.
mari buat lemang.lapar.
later~~

fajarharapan
0928
0928
Comments