Skip to main content
kepada yang berkenaan,

saya
ingin memohon maaf kepada anda
terhadap apa yang telah terjadi sebelum ini
semoga anda sudi memaafkan saya
kerana saya faham apa yang anda rasa

saya
tak mahu anda menderita
saya doakan anda gembira sentiasa
jangan sedih-sedih ya
kalau bersedih cari lah penawarnya

saya
tidak menyangka akan jadi begini
tapi
apakan daya

sekali lagi
saya minta berjuta-juta maaf dari anda
dengan ikhlas hati saya minta maaf
bukan main-main saya minta maaf
semoga anda maafkan saya



hari-hari mengantukku bermula.esok tahun baru.

Comments

Popular posts from this blog

bongek

saya sudah balik ke bongek untuk beberapa hari.bongek itu nama kawasan saya tinggal.di mozac dulu azneeza itu suka ejek nama bongek siap boleh cipta nama lagi berkaitan dengan bongek tu.nasib baik nama betty lebih sedap didengar dan acap kali digunakan.kalau tidak jaga kamu azneeza.daing tawi takku lupa.haha esok kami akan ke destinasi percutian wajib apabila ke tronoh.mungkin untuk kali terakhir tahun ini kerana kekanda kesayanganku itu akan menjalani internship di melaka sehingga tahun depan.maknanya boleh makan aiskrim dan buah jambu di r&r tapah esok.yeay! minggu depan akan pulang ke shah alam kembali untuk mengangkut semua barang-barang yang setakat ini sudah berada dalam 5 kotak.mungkin memerlukan lagi 3 kotak untuk mengangkut semuanya.bilalah barang-barang mahu jadi sedikit.dari dulu sampai sekarang mesti penuh sekereta bila pulang bercuti. paling seronok balik rumah dapat makan sedap.dan lebih memeranjatkan apabila ada 2 ulas durian disimpan untuk saya.walaupun hanya 2 tapi...

sabtu

hari ini semua orang bertungkus-lumus menjayakan kenduri tahlil tengahari tadi dan akhirnya semua orang kepenatan.setahun sekali sahaja.tak apalah. esok masih dipenuhi dengan jemputan kenduri dan majlis perkahwinan.minggu depan juga begitu.kecuali hari ahad yang sudah mula sibuk dengan mereka yang ingin pulang ke kota dan ke asrama. tiba-tiba lapar.tunggu nasi lemak pagi esok.jemputlah datang makan sarapan. nasi lemak istimewa..

jumaat yang penat

maka hari ini hari jumaat adalah hari untuk bertungkus-lumus membantu memasak beberapa juadah untuk kenduri esok.hari untuk belajar beberapa perkara penting dalam hidup juga.dan kepenatan yang tidak terhingga dari pagi sampai petang.rancangannya hendak ke bulan awal malam ini tapi tak tahulah tiba-tiba sudah tidak mengantuk.sahabat saya hendak ke singapore esok dan saya sungguh cemburu.memandangkan saya akan ke johor 20 jun nanti maka saya sedang merancang untuk ke sana juga.ada sesiapa punyai masa lapang dan mahu bawa saya ke sana?jomlah...sudah bertahun-tahun saya tak ke sana =) saya rasa ada sesuatu yang tersimpan disini dan perlukan seseorang untuk menelannya untuk saya.lagi sekali,ada sesiapa sudi menjadi tempat meluahkan kembali semua yang terperap disini?tolonglah..lama sungguh dia disini.. entry yang tak ada tujuan melainkan ingin mencari teman ke singapore. selamat malam dan ...................