hey pencuri,
kamu tahu nenek itu ada sakit jantung?
kamu tahu dia tidak sekuat mana lagi?
kamu tahu dia keseorangan tika malam menyepi?
hey pencuri,
kamu umpil tingkap dapur itu
kamu putuskan talian telefon itu
kamu biarkan terbuka pintu depan itu
hey pencuri,
kamu ungkai semua almari
kamu longgokkan semua bagasi
kamu selongkar semua yang dicari
hey pencuri,
sirap itu bukan untuk kamu
duit itu bukan untuk kamu
yang rosak itu semua kerana kamu
dan kamu pencuri,
bukan doakan tapi beri peringatan
jangan ganggu nenek itu lagi
kalau kamu mahu duit usaha sendiri
kalau apa-apa jadi pada nenek itu kamu yang aku cari
ingat itu si pemecah rumah
Comments